Saturday, 7 September 2013

Pembebasan Khanasser ( Bahagian 4 )



Konvoi rejim Bashar laknatullah dari Hama dan Damsyik yang dalam perjalanan menuju ke Aleppo, suka atau tidak, mereka terpaksa melalui highway al-Hamra (laluan berwarna merah) menuju ke Khanasser (Anasartha) kerana Khanasser merupakan bandar telekomunikasi rejim antara Hamah dan Aleppo.

Dari Khanasser pula, rejim akan meneruskan pengagihan bantuan samada ke al-Safirah atau ke bandar-bandar lain.

'O' adalah bukit dan perisik mujahiddin akan menyampaikan maklumat kepada 'X' jika konvoi rejim tiba. 'X' juga adalah kawasan berbukit dan disini lah mujahiddin menanti konvoi dan menyerang mereka dengan IED. Banyak video yang disebarkan menunjukkan mujahiddin kita menyerang konvoi-konvoi dari kawasan bukit ini.

Setelah mujahiddin menguasai Khanasser, tentera rejim yang berada di al-Safira telah terkepung. 'Supply line' telah terputus - lihat garisan kuning. Tidak ada tempat lagi untuk mereka melarikan diri. Cuba lihat peta. Tentera rejim laknat tidak boleh ke utara apatah lagi menuju ke selatan melainkan mereka beramai-ramai terjun ke tasik Sabkhat al-Jabbul. Mereka akan jadi bangkai tidak lama lagi.

Semasa berita ini ditulis, sebenarnya mujahiddin kita telah pun mara dan menyerang al-Safira.
 

No comments:

Post a Comment