Wednesday, 4 September 2013

Resolusi serang Syria mungkin diluluskan


SENATOR Robert Menendez membincangkan mengenai krisis di Syria ketika ditemu ramah di Capitol Hill di Washington, Amerika Syarikat semalam.


WASHINGTON - Resolusi untuk membenarkan penggunaan tindakan ketenteraan ke atas Syria dikatakan mungkin dipersetujui oleh Senat Amerika Syarikat (AS) dengan beberapa peru- bahan khusus.
"Saya percaya kami akan mencapai persetujuan tetapi resolusi ini perlu diubah suai berbanding apa yang diusulkan oleh pentadbiran Presiden Barack Obama," kata Pengerusi Jawatankuasa Senator Demokratik, Senator Robert Menendez.
Menendez berkata demikian apabila ditanya adakah Senat akan menerima 60 undi yang diperlukan untuk meluluskan resolusi berkenaan.
Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel dikatakan akan membuat pembentangan mengenai tindakan ketenteraan di hadapan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat AS.
Langkah itu hadir selepas Obama pada Sabtu lalu menyatakan beliau akan meminta persetujuan Senat untuk menyerang Syria.
Washington menyatakan, serangan itu adalah sebagai maklum balas ke atas kera- jaan Syria pimpinan Presiden Bashar Al-Assad yang didakwa menggunakan gas sarin dan membunuh lebih 1,400 orang mangsa, kebanyakannya kanak-kanak di Damsyik pada 21 Ogos lalu.
Ketika ditemu ramah oleh agensi berita CBS News, Menendez memberitahu, Kerry dan Hagel perlu mengusulkan kes yang kukuh untuk mengambil langkah ketenteraan, di samping perincian mengenai kempen tersebut terutama hasil akhirnya.
Jawatankuasa itu juga akan mengadakan satu sesi tertutup pada hari ini untuk membincangkan maklumat perisikan mengenai Syria.
Perdebatan di Senat mengenai reolusi itu akan diadakan pada minggu depan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2dv6oJLer 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment