Rusia dakwa gambar mangsa serangan kimia palsu.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Rusia melaporkan kumpulan Hak asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan, video dan foto didakwa mangsa serangan senjata kimia di Ghouta, pinggir Damsyik adalah palsu.
Kementerian Luar Rusia berkata, pakar antarabangsa mengesahkan kepalsuan gambar itu ketika mesyuarat PBB di Geneva 9 September lalu.
“Amerika Syarikat (AS) menggunakan rakaman dan gambar itu bertujuan melobi sekutunya dalam rancangan melancarkan perang di Syria dan tindakan tersebut menyalahi undang-undang antarabangsa,” kata jurucakap kementerian.
Sementara itu, Presiden AS, Barack Obama menangguhkan pengundian Kongres bagi mencapai keputusan sama ada mahu melancarkan perang ke atas Syria atau tidak.
Penangguhan itu dilakukan berikutan bantahan besar-besaran ribuan rakyat AS.
Obama berkata, masih terlalu awal untuk melancarkan serangan dan menuduh rejim Presiden Bashar Al-Assad menggunakan senjata kimia.
“Walaupun terdapat bukti kematian berpunca daripada serangan senjata kimia, namun penyiasat antarabangsa belum mengesahkan sama ada ia dilakukan oleh tentera rejim atau kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang disokong militan,” katanya dipetik dari laporan Al Jazeera.
Bagaimanapun, kumpulan pembangkang asing berkata, AS perlu melancarkan perang dan menolak cadangan Rusia untuk rundingan keamanan.

No comments:
Post a Comment