BEIRUT 29 Sept. - Kumpulan aktivis mendakwa pesawat tentera Syria membedil sebuah sekolah menengah di utara negara ini, hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang maut.
Kumpulan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah pelajar sekolah.
Menurut kumpulan itu, serangan berlaku di bandar Raqqa di wilayah yang dikuasai kumpulan penentang.
Angka korban juga dijangka meningkat ekoran kebanyakan mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130930/lu_06/Tentera-Syria-bedil-sekolah-12-maut#ixzz2gLWymYbl
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment