Wednesday, 25 September 2013

‘Washington ugut Moscow’


Moscow: Menteri Luar Sergei Lavrov semalam mendakwa Washington memeras ugut Russia melalui resolusi tegas terhadap Syria dan berpendapat Barat kini dibutakan oleh keinginan mahu menukar kerajaan di negara bermasalah itu.

“Rakan kami di Amerika Syarikat (AS) mula memeras ugut dengan menyatakan, jika Moscow tidak menyokong resolusi Majlis Keselamatan PBB, perjalanan Pertubuhan Pengharaman Senjata Kimia (OPCW) akan terhenti,” katanya.


Menurut Lavrov, OPCW hampir membuat keputusan mengenai Syria tetapi proses itu diancam “sesetengah rakan Barat yang angkuh.” “Mereka perlukan resolusi itu yang melanggar undang-undang antarabangsa jika dilaksanakan,” katanya. Sementara itu, Lavrov berkata, Russia bersedia menghantar tentera ke Syria sebagai sebahagian daripada penyertaan pasukan keselamatan antarabangsa untuk mengawal pakar senjata kimia.

“Russia sedia menghantar tentera dan polis tentera untuk menjayakan usaha berkenaan,” katanya.


Bagaimanapun Lavrov berkata, jumlah yang ramai tidak diperlukan. - AFP

No comments:

Post a Comment