BEIRUT 14 Okt. - Sekurang-kurangnya 20 orang maut apabila sebutir bom diletupkan di dalam sebuah kereta di bandar Darkoush, berhampiran dengan sempadan Turki di utara Syria, kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, hari ini.
Menurut badan tersebut, berpuluh-puluh orang turut cedera dalam kejadian letupan di pasar di Darkoush itu, sebuah bandar kecil yang dikawal oleh penentang kerajaan.
Badan pemantau yang berpangkalan di Britain itu menyatakan, 12 daripada mangsa yang maut telah dikenal pasti dan lapan mayat yang terbakar teruk turut ditemui.
Jelas kumpulan itu, lebih daripada 115,000 orang telah terbunuh dalam konflik selama dua tahun setengah di Syria yang bermula sejak protes terhadap Presiden Bashar al-Assad meletus pada Mac 2011.- REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131015/lu_08/20-maut-letupan-kereta-di-Syria#ixzz2hmX7MxMn
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment