Tuesday, 8 October 2013

“Islam itu bermula asing lagi aneh (ganjil) dan akan kembali asing sebagaimana asal datangnya. Maka beruntunglah mereka yang dianggap aneh (asing).” (Hadis Riwayat Muslim)

Al-Raqqah, Syria 

Billboard yang dipasang oleh ISIS bermaksud

Dari Abu Hurairah berkata "Rasulullah SAW telah bersabda Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang (asing)”. (Hadith riwayat Muslim)

juga boleh diterjemahkan dalam bunyi lainnya

“Islam itu bermula asing lagi aneh (ganjil) dan akan kembali asing sebagaimana asal datangnya. Maka beruntunglah mereka yang dianggap aneh (asing).” (Hadis Riwayat Muslim)

Nota : Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan hadis di atas bukanlah atas tujuan meramalkan sesuatu yang negatif terhadap kita tetapi bertujuan memperingatkan kita bahawa pada satu masa nanti kita akan hidup di kalangan masyarakat yang sangat buruk adab dan perlakuan. Masyarakat ini pula akan memandang syari‘at Islam sebagai sesuatu yang aneh, ketinggalan dan tidak lagi sesuai dengan peradaban semasa.

Oleh itu hendaklah kita tetap beristiqamah atas ajaran Islam yang asal berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah serta memelihara diri daripada keburukan hidup masyarakat lain mahupun pandangan negatif mereka terhadap Islam. Sikap sebeginilah yang dipuji oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di akhir hadis di atas: Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.

No comments:

Post a Comment