Saturday, 2 November 2013

Israel serang pangkalan tentera Syria

Israel serang pangkalan tentera SyriaTentera rejim Zionis melancarkan serangan di pangkalan tentera udara Syria di wilayah Latakia, kelmarin. Foto: AFP

DAMSYIK - Israel sengaja mahu mencetuskan konflik dengan melancarkan serangan di pangkalan tentera udara Syria di wilayah utara Latakia, menurut media tempatan, kelmarin.
Laman sesawang Al-Arabiya melaporkan, rejim Zionis sebagai dalang bertanggungjawab terhadap siri pengeboman tersebut yang menyasarkan penghantaran peluru berpandu untuk gerakan Hizbullah di Lubnan.
Bagaimanapun, Israel dilihat cuba menafikan dakwaan itu dengan menuding jari kepada Turki yang didakwa kononnya melancarkan serangan balas selepas pesawat milik negara tersebut ditembak jatuh di kawasan terbabit.
Dalam insiden berasingan, seorang anggota sayap tentera Hamas dilaporkan terbunuh akibat bedilan kereta kebal rejim Zionis yang menceroboh masuk ke sempadan Gaza.
Beberapa saksi mendakwa, pesawat pejuang Israel melancarkan serangan balas di kawasan di timur Genting Gaza selepas tiga mortar dibedil ke selatan negara tersebut.
Menurut laporan dipetik Al- Jazeera, susulan daripada insiden itu, jurucakap tentera Israel cuba berdolak-dalik dengan menyatakan serangan tersebut dilancarkan kononnya sebagai respons terhadap penemuan terowong rahsia yang menghubungkan Genting Gaza dan Israel pada bulan lalu.

No comments:

Post a Comment