Friday, 8 November 2013

Jordan penjara doktor, pejuang

Jordan penjara doktor, pejuangDoktor antara yang dipenjarakan kerana membantu militan asing di Syria.

AMMAN - JORDAN . Mahkamah Jordan kelmarin menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang doktor dan pejuang jihad kerana menyokong Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang disokong kumpulan militan asing di Syria.

Jurucakap hakim berkata, pejuang jihad di penjara lima tahun kerana menyusup masuk ke Syria untuk menjatuhkan rejim bersama anggota militan asing manakala doktor itu pula dipenjara setahun kerana memberi rawatan kepada kumpulan pejuang terbabit dua tahun lalu.

"Tertuduh didapati bersalah kerana melanggar perbuatan menyalahi prinsip negara," katanya, dipetik dari laporan AP.

Jordan merupakan antara negara sekutu kuat Presiden Bashar al-Assad selain Iran.

No comments:

Post a Comment