Jeneral Hizbullat [sekutu regim bashar] pernah berkata;
“Kami ada misi... iaitu kami tidak akan berhenti sehingga kami benar-benar berjaya memusnahkan 'orang' yang telah berjuang menentang nenek moyang kami..”
Siapakah orang yang dimaksudkannya ??
Orang yang dimaksudkan itu adalah Khalid Al Walid r.a dan Salahuddin Al Ayubbi. Nenek moyang kepada Syiah ini pula adalah Musailamah.
Khalid Al Walid yang mendapat gelaran PEDANG ALLAH adalah sahabat Nabi yang tidak terkalah di medan peperangan. Beliau antara pejuang yang berani dan digeruni. Sudah terlibat dengan beratus peperangan dibawah pemerintahan Khalifah Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a dan Khalifah Sayyidina Umar Al Khattab r.a dalam memerangi Khawarij dan menentang Empayar Parsi.
Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Khalid diamanahkan untuk memperluaskan jajahan Islam. Keberanian beliau membuatkan orang Rom dan Parsi menjadi takut dan kelam kabut. Khalid berjaya menguasai Syria, Palestin dalam Peperangan Yamamah dan Yarmouk melintasi Iraq menuju Syam. Khalid Al Walid berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.
Musailamah adalah Nabi palsu, seorang pengamal sihir dan berbohong dirinya juga mempunyai mukjizat. Musailamah mengatakan bahawa dia juga beroleh wahyu dari Allah dan berbagi wahyu dengan Rasulullah S.A.W. Bahkan menyebut dirinya sebagai Rahman, dan memiliki sifat ketuhanan. Ramai yang menerimanya sebagai Nabi bersama Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian perlahan-lahan pengaruh Musailamah meningkat yang terdiri dari puak sukunya. Setelah itu, Musailamah menghapuskan kewajiban solat, memberikan kebenaran melakukan seks bebas, dan meminum arak.
Musailamah mengisytiharkan perang terhadap Khalifah Abu Bakar, namun pasukannya dikalahkan oleh Khalid Al Walid. Pada pertempuran Yamamah, Musailamah dibunuh oleh Wahsyi.
Salahuddin Al Ayubbi juga tidak terlepas dari dibenci Syiah kerana kaum yang pertama diperangi Salahuddin adalah kaum Syiah dari Kerajaan Fatimiyyah dan kemudiannya barulah beliau memimpin barisan perang menentang tentera salib di Palestin. Syiah adalah musuh dalam selimut yang perlu ditewaskan terlebih dahulu.
Kerajaan Fatimiyyah tertubuh pada tahun 197 H dan kerajaan ini dikuasi dan dimonopoli oleh golongan Syiah Imamiyyah dan Islamiyyah. Pada era inilah berlakunya penyebaran fahaman dan amalan Syiah yang khurafat dan syirik sehinggalah ia ditamatkan dengan kejayaan Salahuddin Al Ayubbi memimpin Mesir dan membawanya kepada Islam di bawah pimpinan Kerajaan Abbasiyyah pada tahun 567 H.
Tetapi kini, cucu cicit Abdullah Saba', Abu Lu'lu, dan Musailamah masih mewarisi kejahatan dan fahaman sesat nenek moyangnya. Iran yang juga ibu negara Syiah antara yang bertanggungjawab menghantar bantuan kepada bashar assad untuk membunuh ratusan ribu ummat Islam Syria. Bashar assad turut mendapat pertolongan dari Hizbullat yang berpusat di selatan Lubnan, serta sokongan tentera dan senjata dari Russia.
Sabda Rasulullah S.A.W,
“Dajjal itu akan keluar dengan diikuti bersamanya Yahudi dari Esfahan [sebuah wilayah di Iran] seramai 70 ribu, mereka itu memakai Tayalisah [jubah-jubah yang besar]”
- Sahih Muslim -
No comments:
Post a Comment