Sunday 24 November 2013

Penentang Syria tawan lapangan minyak



BEIRUT 23 Nov. - Kumpulan penentang kerajaan Syria diketuai militan al-Qaeda dilapor menawan lapangan minyak terbesar di timur Syria, awal hari ini.
Pengarah Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, Rami Abdelrahman berkata, beberapa unit kumpulan penentang termasuk daripada Barisan Nusra menawam lapangan minyak al-Omar di wilayah Deir al-Zor.
Kejadian itu memberi tamparan hebat kepada kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad yang bergantung kepada sumber tenaga itu untuk memerangi kumpulan penentang. - REUTERS
"Kini hampir kesemua kawasan simpanan minyak Syria berada dalam kawalan unit Barisan Nusra dan beberapa kumpulan penentang lain," katanya.
Satu rakaman video yang disiarkan dalam Internet menunjukkan anggota kumpulan penentang memasuki kawasan lapangan minyak al-Omar yang diusahakan oleh Syarikat Minyak Euphrates. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131124/lu_10/Penentang-Syria-tawan-lapangan-minyak#ixzz2leC3Ap24
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment