Di sini...dia termenung sayu di bawah runtuhan
Memujuk pilu hatinya yang rawan
Mendakap kaku jasadnya yang kedinginan
Bukan hanya kerana kelaparan
Jua bukan sekadar kehausan
Namun kerana terlalu kerinduan
"Wahai ayah...Wahai ibu
Aku terlalu merinduimu
Bangunlah...bangunlah...ke mbalilah kepadaku"
Andai mampu dia mengungkapkan sebaris ayat sebegitu...
Namun di hujung lidah kata-kata itu kelu
Terlalu banyak kenangan yang terpaksa berlalu
Akhirnya di sini dia terpaksa mengerti
Menjadi dewasa dan belajar memahami
Hidup ini bukan sekadar untuk menangisi
Nasibnya yang menimpa diri
Dia telah memilih untuk meyakini
Alhamdulillah Allah telah memilihnya untuk diuji
Keyakinan dicampakkan ke dalam hati
Esok sinar baru pasti kan menerangi
Di sana nanti
Bersama ibu dan ayah dia akan bersatu kembali
"Alhamdulillah" dia terus mengungkap di dalam hati
Green Project
Nov 2013
Memujuk pilu hatinya yang rawan
Mendakap kaku jasadnya yang kedinginan
Bukan hanya kerana kelaparan
Jua bukan sekadar kehausan
Namun kerana terlalu kerinduan
"Wahai ayah...Wahai ibu
Aku terlalu merinduimu
Bangunlah...bangunlah...ke
Andai mampu dia mengungkapkan sebaris ayat sebegitu...
Namun di hujung lidah kata-kata itu kelu
Terlalu banyak kenangan yang terpaksa berlalu
Akhirnya di sini dia terpaksa mengerti
Menjadi dewasa dan belajar memahami
Hidup ini bukan sekadar untuk menangisi
Nasibnya yang menimpa diri
Dia telah memilih untuk meyakini
Alhamdulillah Allah telah memilihnya untuk diuji
Keyakinan dicampakkan ke dalam hati
Esok sinar baru pasti kan menerangi
Di sana nanti
Bersama ibu dan ayah dia akan bersatu kembali
"Alhamdulillah" dia terus mengungkap di dalam hati
Green Project
Nov 2013
No comments:
Post a Comment