Aleppo, Bustan Al Basha:
Ia bukanlah pistol mainan. Mohammed, baru menginjak 13 tahun, dilihat sedang menggunakan senjata api milik arwah bapanya yang syahid dalam serangan rejim Assad sewaktu sedang berjuang menentang kezaliman rejim. Mohammed tidak gerun atau gentar, malah, dia bertindak mengangkat senjata milik bapanya untuk meneruskan saki-baki perjuangan yang ditinggalkan bapanya.
Sementara, mereka-mereka yang mengangkat diri mereka memperjuangkan hak asasi kemanusiaan, sehingga kini, memalingkan wajah mereka terhadap Revolusi di Syria menentang kezaliman Kerajaan Haram Assad yang sudah bertahun-tahun lamanya menyedut darah Umat Islam menerusi kezaliman pemerintahannya, memilih untuk tidak mengganggu kezaliman Nakba Assad. Slogan anti-keganasan yang diangkat negara Barat dan organisasi kemanusiaan antarabangsa masih tidak tahu malu untuk memberi komen akan kedahsyatan kezaliman pemerintahan Assad dan kebangkitan kanak-kanak menyertai peperangan.
Selepas bertahun-tahun lamanya duduk berbincang kononnya mencari solusi, sementara, di Syria, Rejim Haram Assad tidak tidur daripada melakukan jenayah pembersihan etnik muslim-sunni. Umat Islam dihentam bom yang berterusan, mereka dibunuh dengan sezalim-zalimnya, kanak-kanak dibiarkan hidup sebatang kara tanpa ibu dan ayah, mereka kelaparan, kehausan, ketakutan yang teramat, dan kesejukan sehingga ke tulang hitam. Setiap kali jantung mereka berdegup, setiap kali itulah mereka menyangka degupan itu adlah degupan terakhir mereka di dunia. Assad Laknatullah tidak pernah berhenti mengganasi saudara kita hanya untuk berpaut ketat pada kuasanya.
Apa lagi yang kita tunggukan? Apa lagi yang dunia harapkan?

No comments:
Post a Comment