30 Disember 2013
Orang awam selamatkan diri selepas askar rejim melepaskan bom barrel di pasar.
ALEPPO - SYRIA . Sekurang-kurangnya 25 orang termasuk kanak-kanak dilaporkan terbunuh selepas helikopter rejim menggugurkan tong TNT yang sarat dengan bom barrel di utara bandar Aleppo, Syria.
Aktivis melaporkan, rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan udara besar-besaran di pasar dan kampung termasuk sebuah hospital di daerah Tareeq al- Bab.
“Kejadian ini adalah pembunuhan beramai-ramai apabila rejim menyasarkan serangan di pasar yang sesak dengan pengunjung,” katanya, dipetik dari laporan Al Jazeera.
Askar Pembebasan Syria (FSA) Adel Festok berkata, sejak 15 Disember lalu, tentera rejim menggunakan kaedah sama hingga meragut 400 nyawa.
“Berada di barisan hadapan menjadi lebih selamat daripada berada di kawasan awam,” katanya.
Sementara itu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Arab dan Barat mengutuk keras cara serangan itu kerana sewenang-wenangnya melakukan pembunuhan tanpa mengira mangsa.

No comments:
Post a Comment