Tuesday, 17 December 2013

Pelarian Syria cecah 4 juta pada 2014

Pelarian Syria cecah 4 juta pada 2014Kem pelarian Syria di sempadan timur Lubnan dilitupi salji tebal akibat ribut musim sejuk yang melanda rantau Arab ketika ini. - Foto AP
GENEVA - SWITZERLAND. Angka pelarian Syria di Timur Tengah dijangka meningkat dua kali ganda, sekali gus mencecah empat juta orang menjelang akhir tahun depan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Jurucakap PBB memaklumkan jumlah penduduk yang terperangkap dan kehilangan tempat tinggal di dalam negara bergolak itu juga bakal mencecah 9.3 juta orang.

Laporan terbaru agensi itu juga mendedahkan ratusan ribu pelarian Syria kini terpaksa mendapatkan perlindungan di khemah pelarian di beberapa negara jiran termasuk Jordan, Turki dan Lubnan walaupun rantau Arab dilanda musim sejuk pada masa ini.

Difahamkan, bantuan sebanyak AS$4.2 bilion (RM14 bilion) diperlukan untuk meringankan penderitaan pelarian Syria dan negara yang memberi perlindungan kepada mereka. - AFP

No comments:

Post a Comment