Wednesday, 31 December 2014

Ratusan tahanan mogok lapar

Ratusan tahanan mogok lapar | Harian Metro: "Ratusan tahanan mogok lapar
AFP
Beirut: Ratusan tahanan di sebuah penjara di Syria melancarkan mogok lapar untuk menuntut pembebasan mereka.

Tahanan itu yang ditahan di Homs, tengah Syria, termasuk mereka yang ditahan kerana mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan apabila konflik meletus hampir empat tahun lalu.

“Secara umum, lebih 1,000 tahanan mengambil bahagian dalam mogok lapar itu yang kami mulakan empat hari lalu,” kata seorang tahanan yang enggan dikenali kepada AFP menerusi telefon.

“Kami ingin tahu nasib kami dan kami menuntut pembebasan,” katanya.

Sebahagian mereka dipenjara sehingga 30 tahun kerana menunjuk perasaan secara aman. Ada yang tidak tahu berapa lama mereka akan ditahan.

Kumpulan pemerhati hak asasi Syria (SOHR) yang berpejabat di Britain mengesahkan mogok lapar itu dilancarkan di penjara di Homs.

SOHR yang bergantung kepada sumber di Syria untuk memperoleh maklumat berkata, sebahagian besar tahanan sudah menamatkan hukuman mereka dan menanti untuk dibebaskan.

Mogok itu juga dilakukan sebagai membantah layanan buruk oleh pengawal penjara dan kekurangan makanan serta ubat.

Rejim Syria di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad memenjarakan kira-kira 200,000 orang sejak Mac 2011 apabila tunjuk perasaan menuntut penggulingan kerajaannya bermula.

Ia bertukar menjadi konflik bersenjata antara pemberontak dengan tentera kerajaan selepas rejim itu bertindak ganas untuk menamatkan tunjuk perasaan berkenaan.

Menurut SOHR, 12,000 tahanan mati di penjara sejak konflik itu meletus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:04 AM"



'via Blog this'

Simpati nasib Syria alasan sertai IS

Apa itu IS?

Simpati nasib Syria alasan sertai IS - Semasa - Sinar Harian: "KUALA LUMPUR - "Bukan kamu seorang sahaja simpati dengan apa yang berlaku di Syria. Seluruh umat Islam bersimpati dan saya juga bersimpati sebagai seorang Islam.

"Kalau simpati kenapa perlu nak ke sana? Nak menyertai kumpulan pengganas? (kumpulan militan Islamic State)," tanya Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim sebelum menolak pengakuan bersalah seorang peniaga runcit atas tuduhan hendak menjadi ahli kumpulan militan tersebut.

Terdahulu, tertuduh Mohd Rosmadi Che Daud, 42, tidak setuju dengan fakta kes yang menyatakan dia "membuat persiapan menyertai" kumpulan tersebut.

"Saya hanya simpati rakyat Syria mati dibunuh tanpa belas kasihan dan tak berniat langsung menyertai IS," kata Mohd Rosmadi sambil menitiskan air mata.

Kamardin berkata mesti ada tujuan tertuduh hendak ke Syria dan setakat simpati tidak perlu ke sana, sebelum menolak pengakuan bersalahnya dan menetapkan 31 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mengikut fakta kes yang dibacakan di Mahkamah, Mohd Rosmadi ditahan pada 25 Sept yang lalu bersama-sama beberapa orang yang lain di Balai Perlepasan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika tertuduh hendak mendaftar masuk bagi penerbangan Qatar Airways ke Istanbul, Turki.

Mohd Rosmadi yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan, menghadapi pertuduhan utama, hendak menjadi ahli kepada kumpulan IS.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, dan jika disabitkan boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara sehingga 30 tahun, atau denda dan harta yang telah digunakan atau niat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan tersebut, boleh dirampas.

Bagi pertuduhan pilihan, Mohd Rosmadi menghadapi tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan tersebut dan didakwa di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh diwakili peguam Arik Zakri Abdul Kadir dan Ahmad Kamal Abu Bakar manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Shukor Abu Bakar. - Bernama"



'via Blog this'

Saturday, 27 December 2014

45 maut serangan tentera Syria


seorang penduduk memerhati bangunan dan kenderaan yang rosak teruk
seorang penduduk memerhati bangunan dan kenderaan yang rosak teruk selepas tentera Syria melancarkan serangan di Duma, Damsyik, semalam. – REUTERS
AMMAN 26 Dis. – Sekurang-kurang­nya 45 orang awam terbunuh, manakala 175 orang lagi cedera apabila pesawat pejuang tentera Syria mengebom bandar di utara Syria yang dikuasai kumpulan militan Negara Islam (IS) ketika tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad meningkatkan serangan udara ke atas sasaran IS.
Helikopter dan pesawat pejuang Syria dilaporkan menggugurkan bom tong ke atas kawasan perumahan dan industri di bandar al-Bab dan bandar Qabaseen, sejak semalam.
Seorang penduduk Qabaseen, Yousef al-Saadi mempertikaikan tujuan Assad menyerang kawasan tersebut.
“Tiada orang bersenjata di kawasan ini. Yang ada hanyalah orang miskin,’’ katanya.
Media rasmi Syria tidak melaporkan serangan udara ke atas al-Bab itu, yang menjadi sasaran tentera Syria sejak permulaan kempen tentera udara Amerika Syarikat (AS) ke atas IS pada September lalu.
“Serangan udara tentera Syria ke atas kawasan yang dikuasai pemberontak dan kumpulan militan semakin meningkat sejak tiga hari lalu,’’ katanya.
Badan hak asasi itu berkata, sekurang-kurangnya 110 penduduk awam terbunuh dalam lebih 470 serangan udara yang dilancarkan di kawasan pemberontak, termasuk di Damsyik dalam tempoh 72 jam lalu.
Sementara itu, tentera Jordan dan AS, hari ini menafikan dakwaan IS bahawa mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Jordan di Syria dan menahan juruterbangnya.
Seorang pegawai tentera Jordan berkata, petunjuk pertama me­nunjukkan pesawat tentera Jordan yang terhempas di Raqa, Syria bukan disebabkan serangan kumpulan militan itu.
IS kelmarin mendakwa menembak jatuh pesawat F-16 milik Jordan di utara Syria dan juruterbangnya, Leftenan Maaz al-Kassasbeh ditangkap oleh IS.
Pesawat itu merupakan yang pertama terhempas sejak tentera bersekutu diketuai AS melancarkan serangan udara ke atas sasaran IS di Syria pada September lalu.
Jordan merupakan antara negara yang menyertai AS melancarkan serangan udara ke atas IS. – AFP/Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/45-maut-serangan-tentera-syria-1.41347#sthash.0x2LXclo.dpuf

Wednesday, 24 December 2014

Bantuan perubatan ke Aleppo diluluskan


24 Disember 2014

Penduduk Aleppo berdepan kesukaran untuk mendapatkan bantuan perubatan sejak konflik
tercetus lebih tiga tahun lalu.
Penduduk Aleppo berdepan kesukaran untuk mendapatkan bantuan perubatan sejak konflik
tercetus lebih tiga tahun lalu. Penduduk Aleppo berdepan kesukaran untuk mendapatkan bantuan perubatan sejak konflik tercetus lebih tiga tahun lalu.



DAMSYIK - SYRIA. Kerajaan Syria bersetuju membenarkan penghantaran bekalan perubatan yang sangat diperlukan di Aleppo dan dua lagi kawasan sukar diakses, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, (WHO) kelmarin.

Wakil Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Syria, Elizabeth Hoff berkata, penghantaran masih bergantung kepada keadaan keselamatan namun beliau menyifatkan kelulusan itu sebagai satu langkah besar untuk membantu penduduk yang terperangkap akibat konflik berlarutan itu.

"Kami telah mendapat semua kelulusan dan bersedia untuk menyampaikan bantuan. Penghantaran pertama mungkin dilakukan di kawasan dikuasai pembangkang,"katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya yakin konvoi membawa bantuan ke Aleppo akan tiba minggu depan manakala penghantaran untuk dua kawasan lagi dijangka tiba dalam masa beberapa minggu lagi.

Difahamkan, bantuan bekalan perubatan sebanyak 28 tan metrik akan disampaikan ke tujuh buah bandar di Aleppo manakala 102 tan metrik lagi diperuntukkan untuk Muadamiya dan Timur Ghouta.  - Al -Arabiya

290 lokasi bersejarah Syria musnah



GAMBAR yang dirakam pada 21 Mac lalu menunjukkan kerosakan yang berlaku ke atas kota Perang Salib ‘Krak des Chevaliers’ yang terletak berdekatan sempadan Syria-Lebanon di Homs, kira-kira 200 kilometer dari Damsyik, Syria. - AFP



BEIRUT – Bahagian Latihan Dan Penyelidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNITAR) mendedahkan imej rakaman satelit yang menunjukkan 290 kawasan bersejarah Syria musnah akibat peperangan.
Syria memiliki pelbagai seni bina menarik dan pernah menjadi empayar hebat di Asia Barat, namun beberapa kawasan kebudayaan dan bangunan di negara itu seperti Masjid Aleppo musnah serta dirompak sejak tiga tahun lalu.
Berdasarkan gambar satelit yang boleh didapati secara komersial, UNITAR mengklasifikasikan sebanyak 24 kawasan telah musnah secara keseluruhannya, sekitar 189 kawasan mengalami sedikit kerosakan, manakala 77 kawasan kemungkinan bakal menjadi mangsa.
Laporan terbaharu UNITAR membuktikan keadaan kawasan yang kebudayaan Syria yang musnah serta berada dalam keadaan bahaya itu memerlukan usaha perlindungan daripada pihak tempatan dan antarabangsa agar dapat dinikmati oleh generasi hadapan.
Pertempuran antara tentera pemimpin Presiden Bashar al-Assad dan puak pemberontak telah menyebabkan banyak bangunan bersejarah rosak selain dirompak termasuk sebuah makam purba di Palmyra dan kuil Rom.
Tapak Warisan Dunia yang disahkan oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) turut menjadi mangsa kerakusan perang di Syria dan kebanyakan kawasan bersejarah terletak di bahagian utara bandar Aleppo.
Konflik yang berlaku memaksa pihak tentera menggunakan istana terbesar dan tertua di dunia, Citadel di bandar Aleppo sebagai pangkalan tertera.
Pasukan tentera turut mengambil alih kota Perang Salib ‘Crac des Chevaliers’ yang berusia lebih 900 tahun pada bulan Mac lalu, namun beberapa bulan kemudian bangunan itu musnah dalam satu serangan bom.
Selain itu, gambar imej satelit turut menunjukkan kawasan penempatan di Raqqa termasuk bandar padang pasir Palmyra mengalami kerosakan yang teruk termasuk bandar purba Bosra dan Byzantine.
Ketua penjaga barangan antik dan muzium Syria, Maamoun Abdulkarim turut mendedahkan sekitar beberapa tahun lalu hampir puluhan ribu artifak tempatan yang menjangkau usia lebih 10,000 tahun terpaksa dipindahkan ke sebuah gudang untuk mengelakkan daripada kecurian.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan lebih 200,000 orang telah terbunuh sewaktu konflik Syria yang berlaku sejak Mac 2011, melibatkan kes perang saudara dan kekejaman pasukan tentera. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1224&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3Mls7viMK 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, 20 December 2014

Rayu dana RM29 bilion bantu pelarian Syria


20 Disember 2014

Pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di Lubnan terpaksa membina sendiri kem penempatan mereka.
Pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di Lubnan terpaksa membina sendiri kem penempatan mereka. P



NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu bantuan dana berjumlah AS$8.4 bilion (RM29 bilion) untuk disalurkan kepada kira-kira 18 juta pelarian Syria yang kehilangan tempat tinggal akibat krisis berlarutan di negara itu.

Ketua Bantuan Misi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos memaklumkan bantuan tersebut bertujuan untuk menyalurkan bekalan makanan dan ubat-ubatan serta keperluan asas lain kepada pelarian Syria.

"Kami tetap komited untuk menyalurkan bantuan kepada mereka walaupun sukar mendapatkan akses untuk memasuki negara bergolak terbabit," katanya lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Antonio Gutteres berkata, majoriti pelarian Syria di dalam dan luar negara kini berdepan kesukaran akibat krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.  - Press TV

Friday, 19 December 2014

Kubur besar 230 mayat mangsa IS ditemui

Sebahagian penduduk mengerumuni sebuah kubur besar yang menempatkan
Sebahagian penduduk mengerumuni sebuah kubur besar yang menempatkan lebih 230 mayat penduduk kabilah Shaitat yang dibunuh militan IS di wilayah Deir Ezzor, Syria. – AGENSI
DAMSYIK 18 Dis. – Lebih 230 mayat kabilah Shaitat yang dipercayai dibunuh oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) ditemukan oleh ahli keluarga mangsa di dalam sebuah kubur besar di wilayah Deir Ezzor berhampiran sempadan Iraq.
Badan Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, penemuan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan anggota kabilah berkenaan yang dibunuh oleh IS mencecah lebih 900 orang, ketika kumpulan militan itu mara ke wilayah berkenaan.
“Sumber yang boleh dipercayai berkata lebih 230 mayat berjaya ditemui di dalam sebuah kubur besar di kawasan gurun Al-Kashkiyeh di timur Deir Ezzor.
“Sebahagian besar yang terbunuh merupakan orang awam, mereka dibunuh dengan kejam selepas kabilah berkenaan bangkit menentang untuk mengusir IS dari kawasan mereka,” jelas badan hak asasi berkenaan, semalam.
Kata badan hak asasi itu, kabilah tersebut menjumpai kubur berkenaan di kampung halaman mereka selepas berbulan-bulan melarikan diri setelah kalah dalam pertempuran dengan IS.
Mereka dibenarkan pulang ke kampung mereka susulan keputusan untuk menghormati persetujuan perintah berkurung, halangan berhimpun dan memiliki senjata yang dikenakan oleh IS.
Menurut peraturan IS, mana-mana pihak yang menentang kumpulan militan tersebut disifatkan sebagai menyeleweng dan perlu dikenakan hukuman mati.
IS kini sudah menguasai sebahagian besar kawasan di utara dan timur Syria, selain beberapa bahagian di negara jiran Iraq.  AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kubur-besar-230-mayat-mangsa-is-ditemui-1.38219#sthash.qRU9nwGS.dpuf

Thursday, 18 December 2014

Remaja London dihalang ke Syria


LONDON 18 Dis. - Pegawai berkuasa antikeganasan Britain menghentikan pesawat yang hampir berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, di sini bagi menghalang remaja perempuan berusia 15 tahun pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan militan.
Akhbar, Evening Standard semalam melaporkan, remaja yang berasal dari London timur menyimpan wang dan membeli tiket penerbangan ke Istanbul, Turki tanpa pengetahuan orang tuanya.
Dia bagaimanapun berjaya dihalang dan dibawa pulang ke rumah kediamannya, sementara seorang lagi remaja perempuan yang bersama dengannya sempat melarikan diri sebelum dihalang pihak polis.
Polis memaklumkan, mereka menerima laporan kehilangan seorang remaja perempuan dari Tower Hamlets pada 6 Disember lalu sebelum menemuinya. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/remaja-london-dihalang-ke-syria-1.37868#sthash.RMfyCNsy.dpuf

Wednesday, 17 December 2014

2 pangkalan tentera Syria ditawan, 200 terkorban


Kumpulan penentang Barisan al-Nusra kukuh kedudukan

Seorang anggota daripada kumpulan Barisan al-Nusra di Wadi Deif,
Seorang anggota daripada kumpulan Barisan al-Nusra di Wadi Deif, yang menentang kerajaan Syria berdiri bersebelahan senapang automatik di salah sebuah kubu Barisan al-Nusra di Wadi Deif, selatan Idlib, Syria, semalam. – AGENSI
IDLIB, Syria 16 Dis. - Kira-kira 200 anggota tentera Syria terbunuh dalam tempoh 24 jam selepas kumpulan penentang daripada Barisan al-Nusra bertindak menawan dua pangkalan tentera di wilayah Idlib, semalam.
Ketua kumpulan hak asasi manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, serangan yang dilancarkan oleh Barisan al-Nusra turut mengakibatkan lebih 100 orang tentera ditawan.
“Sekurang-kurangnya 100 anggota tentera dan lebih 80 orang penentang terbunuh dalam bedilan semasa pertempuran tersebut,” jelas Rami.
Katanya, sekurang-kurangnya 120 orang tentera ditahan, manakala 100 orang lagi berjaya melarikan diri dan kini menuju ke bandar Morek, berhampiran bandar Hama.
“Kemaraan Barisan al-Nusra ke pangkalan berkenaan dibantu dengan kehadiran beberapa kumpulan penentang kerajaan yang lain seperti Ahrar al-Sham dan Jund al-Aqsa,” ujarnya.
Kejatuhan pangkalan tentera di Wadi al-Deif dan Hamidiyeh membolehkan kumpulan penentang kerajaan menguasai sebahagian besar wilayah barat laut Syria, tindakan yang pastinya mengejutkan Presiden, Bashar al-Assad.
Idlib merupakan antara wilayah terawal jatuh ke tangan kumpulan penentang kerajaan selepas berlakunya revolusi menentang pentadbiran Assad pada Mac 2011.
Lebih 200,000 penduduk Syria terkorban sejak tercetus penentangan terhadap Assad empat tahun lalu dan separuh penduduk Syria melarikan diri ke negara-negara jiran. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/2-pangkalan-tentera-syria-ditawan-200-terkorban-1.37262#sthash.qdGnGiTr.dpuf

Tuesday, 16 December 2014

Polis Tahan Tujuh Militan Indonesia Mahu Ke Syria

Khalid Abu Bakar.
Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 10:03 PM Oleh: NADIRAH H. RODZI editor@mstar.com.my Khalid Abu Bakar.

PETALING JAYA: Polis menahan tujuh warga Indonesia, termasuk empat wanita, kerana didakwa terlibat dengan aktiviti militan. Menurut satu kenyataan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin, kesemua suspek berusia antara 25 dan 35 tahun, ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman di Selangor pada 2 Disember lalu. "Mereka ditahan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti militan dan menggunakan Malaysia sebagai transit sebelum menuju ke Syria. "Turut ditahan dalam operasi itu ialah lima kanak-kanak berusia antara lima bulan dan lima tahun. "Mereka merupakan anak-anak kepada tiga keluarga suspek yang berbeza," katanya. Khalid menambah, salah seorang suspek yang ditahan merupakan pemudah cara yang membuat perancangan untuk teman-teman militan warga Indonesia untuk pergi ke Syria. Pemudah cara itu dipercayai mempunyai kaitan dengan anggota kumpulan Abu Sayyaf, Umar Patek dan Al Qaeda di Asia. Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah.


Saturday, 13 December 2014

Syria seksa tahanan 
di penjara rahsia

decorative images show prisoners being tortured in Syrian prisons.
Decorative picture shows prisoners being tortured in Syrian prisons. - Agencies
DAMASCUS 12 December - A former prison inmate in Syria claimed that prisoners brutally tortured by security forces in the country in secret prisons.
An activist, Mohsen al-Masti ever cower in secret prisons, claiming he had moved to several other prisons throughout detained in the past two years.
He claimed that while in detention he was beaten and hung from the ceiling for several hours at a time.
Mohsen claimed that the worst thing done by the security guards were spraying insecticide on the walls of a prison.
"Cockroaches, cockroaches will come out of the prison wall. Insects will walk on our faces. Even the warden also include cockroaches into our clothes, '' he said.
Mohsen said, seizing the security forces do not only cruel but also carried out systematically.
Another activist from Damascus, Mohammad Samaan, 33, said he was imprisoned twice for opposing the government of President Bashar al-Assad.
"I was abused physically and psychologically while in custody. A prison officer told us, they tortured us because they love to do.
"I was shocked and asked to write what I know. They use various methods to torture to force me to talk about what I know, '' he said, who now lives in Beirut. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/syria-seksa-tahanan-8232-di-penjara-rahsia-1.35792#sthash.632aAVHl.dpuf

Thursday, 11 December 2014

Tiga wartawan televisyen terbunuh di Syria


BEIRUT – Tiga wartawan di sebuah stesen televisyen di Syria maut selepas kenderaan mereka terkena sebuah peluru berpandu di barat daya negara itu, kata Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) kelmarin.
CPJ berkata, tiga wartawan dari stesen televisyen Orient News itu terbunuh pada Isnin lalu ketika membuat liputan di bandar Sheikh Meskin, dalam wilayah Deraa yang menjadi lokasi pertempuran antara tentera kerajaan dengan kumpulan pemberontak.
Menurut stesen televisyen berkenaan, mangsa yang maut ialah dua wartawan, Rami Asmi dan Yousef El-Dous serta seorang jurukamera, Salem Khalil.
Stesen televisyen berkenaan menuduh tentera Syria sengaja membedil kenderaan tersebut tetapi CPJ tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut.
Pihak tentera dan kerajaan Syria juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.
Sehingga kini, lebih 70 wartawan terbunuh sepanjang membuat liputan mengenai konflik di Syria yang kini masuk tahun keempat.
Majoriti wartawan yang maut di Syria merupakan warga tempatan manakala selebihnya adalah warga asing termasuk beberapa pemberitan yang dibunuh oleh anggota militan Islamic State (IS). – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3LXudVi3i 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, 10 December 2014

‘Keluarga dah tahu bulan lalu’

Oleh Muhamaad Razis Ismail
RUMAH keluarga Ahmad Affendi yang terkorban di Syria.
razis@hmetro.com.my

Tumpat: "Gelap...saya rasa gelap, macam nak pitam," kata adik kepada Ahmad Affendi Abdul Manaf, 27, sebaik dimaklumkan mengenai kisah abangnya yang menjadi pengebom berani mati di Syria yang tersiar dalam akhbar semalam.
Sebaik dimaklumkan wartawan, lelaki berusia lingkungan 20-an yang enggan dikenali itu hampir rebah kerana terkejut apabila dimaklumkan akhbar menyiarkan gambar abangnya yang meninggal dunia awal bulan lalu.
Bagaimanapun, dia kembali tenang selepas dipujuk wartawan.
"Saya terkejut apabila anda memberitahu gambar abang tersiar dalam akhbar, walaupun kami sekeluarga sudah mengetahui apa yang berlaku kepadanya sejak bulan lalu," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Akhbar semalam melaporkan seorang lagi rakyat Malaysia terbunuh di Syria selepas dipercayai menjadi pengebom berani mati dengan merempuh kem tentera sehingga membunuh 50 yang lain kebanyakannya tentera kerajaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 5:15 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15026#sthash.yMUAUm1N.dpuf

Tuesday, 9 December 2014

Tiga maut dalam serangan Syria di sempadan Lubnan


 
BEIRUT: Pesawat perang Syria melancarkan serangan udara di kawasan sempadan timur Lubnan malam tadi, mengakibatkan tiga orang terbunuh dan dua lain cedera, lapor agensi berita rasmi Lubnan.

Agensi berita Nasional itu menyatakan serangan berkenaan dilakukan di pekarangan luar pekan sempadan Arsal, yang sering menjadi sasaran serangan udara dan bedilan kerajaan Syria.

Penduduk tempatan berkata sebuah rumah adalah antara sasaran serangan itu. - AFP

Pengebom berani mati rakyat Malaysia

Ahmad Affendi
Ahmad Affendi
PUTRAJAYA 8 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan seorang lagi pengebom berani mati rakyat Malaysia telah maut di Syria.
Pengebom berani mati itu adalah Ahmad Affendi Manaff yang berusia 27 tahun.
Najib berkata, individu tersebut yang menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) berkemungkinan besar merupakan pengebom berani mati kedua dari Malaysia.
“Saya pernah menyebut (dalam Dewan Rakyat) seorang pengebom berani mati dari Malaysia telah menyebabkan 25 anggota askar Syria terbunuh. Saya tak sebut seorang lagi yang berkemungkinan besar rakyat Malaysia tetapi menggunakan nama samaran.
“Pengebom berani mati ini mendatangkan kesan lebih dahsyat iaitu menyebabkan 50 orang terbunuh dalam letupan yang dilakukan,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Ketika membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS’ di Parlimen pada bulan lalu, Najib mendedahkan sebanyak 39 rakyat Malaysia terlibat dalam IS di Iraq dan Syria sementara 40 lagi penyokong kumpulan militan itu ditahan di Malaysia.
Dalam perkembangan itu, Ahmad Affendi yang terbunuh dalam serangan berani mati itu difahamkan itu berasal dari Tumpat, Kelantan.
Pemuda yang hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah berlepas ke Syria pada 23 April lalu dan terlibat dengan aktiviti keganasan IS.
Ahmad Affendi yang masih bujang juga difahamkan maut dalam serangan bunuh diri apabila sengaja memandu sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan dan kemudiannya merempuh tentera Bashar al-Assad di bandar Homs.
Dia melakukan tindakan itu pada 8 atau 9 November lalu.
Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya mempunyai beberapa petunjuk yang mengaitkan tragedi itu dengan seorang rakyat Malaysia.
“Berdasarkan risikan yang diperoleh pihak polis, kami mengesakan bahawa Ahmad Affendi terbunuh dalam insiden terbabit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Ahmad Affendi merupakan pengebom berani mati kedua selepas Ahmad Tarmimi Maliki, 26, turut maut di dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata, keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan bertujuan mencengkam pembangkang tetapi untuk mengelakkan ketegangan agama dan kaum.
Beliau berkata, demokrasi di Malaysia masih subur dan pembangkang boleh menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengukuhkan pengaruh mereka.
“Kita tidak boleh melonggarkan peruntukan undang-undang kalau ada lagi anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan tidak hormat agama lain.
“Negara maju seperti Amerika Syarikat gagal menangani isu perkauman sehingga berlaku rusuhan. Kalau situasi sama berlaku di Malaysia, kesannya adalah amat buruk sekali,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata, ketenangan di timur Sabah beberapa hari kebelakangan ini tidak bermakna ancaman di kawasan tersebut telah tamat sepenuhnya.
“Saya telah mengambil tindakan untuk kukuhkan kemampuan untuk hadapi keadaan di sana. Walaupun ancaman berlaku di satu sudut sahaja, tetapi bumi Sabah ialah bumi Malaysia dan kita perlu pertahanannya,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pengebom-berani-mati-rakyat-malaysia-1.34334#sthash.eiyOCtnd.dpuf

Syria dakwa Israel bom lapangan terbang

DAMSYIK 8 Dis. – Syria menuduh Israel bertanggungjawab mengebom lapangan terbang terbang utamanya di sini, semalam ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan rundingan dengan ketua penentang kerajaan berhubung gencatan senjata di Aleppo.
“Petang ini, tentera Israel menjadikan dua kawasan selamat di wilayah Damsyik iaitu di Dimas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik sebagai sasaran serangan,” kata tentera Syria dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun tambah kenyataan itu lagi, tiada kemalangan jiwa ataupun kecederaan dilaporkan berlaku ke atas orang ramai walaupun terdapat kerosakan pada lapangan terbang tersebut.
Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik digunakan pengendali syarikat penerbangan awam dan tentera yang berada di tenggara Damsyik berhampiran kawasan peperangan termasuk Ghouta Timur yang sebahagian besarnya dikuasai penentang kerajaan.
Namun, pihak berkuasa Israel belum memberi sebarang reaksi terhadap dakwaan itu dengan Syria menuduh rejim Zionis membantu puak penentang untuk menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad.
Israel telah melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas Syria sejak perang saudara meletus pada 2011 termasuk serangan menyasarkan roket buatan Iran yang mahu dilancarkan terhadap kumpulan Hezbollah di Lebanon.
Sementara itu, utusan PBB ke Syria, Staffan de Mistura akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kumpulan penentang dari Aleppo bagi membincangkan kemungkinan gencatan senjata di daerah Gaziantep di Turki. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/syria-dakwa-israel-bom-lapangan-terbang-1.34238#sthash.v1z6ISBX.dpuf Serangan udara dipercayai dilakukan Israel yang menjadikan bandar Dimas di Damsyik sebagai sasaran. – AGENSI

DAMSYIK 8 Dis. – Syria menuduh Israel bertanggungjawab mengebom lapangan terbang terbang utamanya di sini, semalam ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan rundingan dengan ketua penentang kerajaan berhubung gencatan senjata di Aleppo.
“Petang ini, tentera Israel menjadikan dua kawasan selamat di wilayah Damsyik iaitu di Dimas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik sebagai sasaran serangan,” kata tentera Syria dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun tambah kenyataan itu lagi, tiada kemalangan jiwa ataupun kecederaan dilaporkan berlaku ke atas orang ramai walaupun terdapat kerosakan pada lapangan terbang tersebut.
Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik digunakan pengendali syarikat penerbangan awam dan tentera yang berada di tenggara Damsyik berhampiran kawasan peperangan termasuk Ghouta Timur yang sebahagian besarnya dikuasai penentang kerajaan.
Namun, pihak berkuasa Israel belum memberi sebarang reaksi terhadap dakwaan itu dengan Syria menuduh rejim Zionis membantu puak penentang untuk menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad.
Israel telah melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas Syria sejak perang saudara meletus pada 2011 termasuk serangan menyasarkan roket buatan Iran yang mahu dilancarkan terhadap kumpulan Hezbollah di Lebanon.
Sementara itu, utusan PBB ke Syria, Staffan de Mistura akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kumpulan penentang dari Aleppo bagi membincangkan kemungkinan gencatan senjata di daerah Gaziantep di Turki. – AFP

Monday, 8 December 2014

Syria: Lapan serangan udara korbankan 150 orang


BEIRUT 8 Dis. - Beberapa anggota aktivis Syria menyatakan beberapa pesawat perang kerajaan didapati melakukan sekurang-kurangnya lapan serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan menyerang sebuah pangkalan tentera udara utama di timur Syria, semalam.
Sebuah badan aktivis kolektif, Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan dan Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, serangan udara itu berlaku semalam di empat kawasan berdekatan lapangan terbang tersebut, yang terletak diluar bandar Deir el-Zour.
Kumpulan militan IS melancarkan serangan pada fasiliti itu pada minggu lalu, ekoran itu aktivis mendakwa seramai lebih daripada 150 orang di kedua-dua pihak terbunuh. - AP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/syria-lapan-serangan-udara-korbankan-150-orang-1.33891#sthash.5osvD05r.dpuf

Sunday, 7 December 2014

IS tawan pangkalan udara tentera Syria


DEIR EZZOR, Syria 7 Dis. - Kumpulan militan Negara Islam (IS) berjaya menawan sebahagian pangkalan udara utama di timur Syria dalam pertempuran sengit pada Sabtu lalu, kata sebuah kumpulan pemerhati.
“IS melancarkan serangan waktu subuh ke atas lapangan terbang tentera Deir Ezzor dan memasuki beberapa kawasan selepas pertempuran sengit tercetus di antara kumpulan militan IS dan pasukan rejim Syria,” kata Badan Pemerhati Hak Asasi Syria.
Jumaat lalu, kumpulan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu berkata, kumpulan militan tersebut kini semakin menghampiri kawasan pangkalan utama serta semakin menguasai kawasan ketumbukan tentera. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/is-tawan-pangkalan-udara-tentera-syria-1.33416#sthash.rTis0mNj.dpuf

Australia Isytihar Bandar Raqqa Di Syria Kawasan Larangan


Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 7:43 PM
Gambar tidak bertarikh yang disiarkan pada 30 Jun lalu menunjukan pejuang militan IS melakukan perarakan di Raqqa, utara Syria.

SYDNEY: Australia pada Khamis mengisytiharkan bandar Raqqa di Syria sebagai kawasan larangan daripada dikunjungi rakyatnya, menerusi undang-undang baru menangani keganasan bagi menyekat pejuang jihad ke bandar itu.
Kerajaan Australia pada pertengahan Oktober lalu menetapkan pelan rancangan untuk menghalang warganegaranya daripada berkunjung ke kawasan panas itu yang terlibat dengan aktiviti keganasan, berikutan bilangan pejuang warga asing yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) semakin bertambah.
Seramai 70 warganegaranya dipercayai telah pun berkunjung ke kawasan itu.
Di bawah undang-undang baharu berkenaan, sesiapa yang berkunjung ke kawasan yang disenaraikan itu akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
"Di bawah peruntukan dalam undang-undang pejuang asing kita, saya pada hari ini mengisytiharkan bahawa wilayah al-Raqqa sebagai kawasan yang disenaraikan mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan," kata Menteri Luar, Julie Bishop di Parlimen.
"Pengumuman ini menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana rakyat Australia yang memasuki atau berada di wilayah al-Raqqa tanpa sebarang sebab yang dibenarkan. Mereka akan berdepan dengan penalti sehingga 10 tahun penjara," katanya.
Bishop berkata, setakat ini sebanyak 75 pasport telah dibatalkan dan tidak meluluskan permohonan 10 pasport bagi melarang rakyatnya daripada berkunjung ke zon konflik itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, dianggarkan 100 rakyatnya turut menyokong pejuang itu dengan merekrut dan mendapatkan dana untuk aktiviti keganasan itu. - AFP

Nasib pelarian Syria tidak terbela

Lebih 1.1 juta pelarian Syria kini mendapatkan perlindungan di kem penempatan sementara di Lubnan. Foto: AFP
Lebih 1.1 juta pelarian Syria kini mendapatkan perlindungan di kem penempatan sementara di Lubnan. Foto: AFP

LONDON - UNITED KINGDOM. Badan hak asasi manusia, Amnesty International menyelar masyarakat antarabangsa kerana didakwa gagal untuk melindungi jutaan pelarian Syria.

Susulan daripada itu, Ketua Hak Pelarian dan Migran, Sherif Elsayed-Ali menggesa semua pihak supaya menyediakan lebih banyak penempatan semula kepada golongan tersebut yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berlarutan di Syria sejak lebih tiga tahun lalu.

"Kekurangan jumlah penempatan semula yang ditawarkan negara antarabangsa adalah benar-benar mengejutkan. Ketika ini, hampir 380,000 pelarian memerlukan tempat perlindungan, namun nasib kebanyakan daripada mereka masih tidak terbela sehingga kini.

"Kegagalan negara 'kaya' untuk meringankan beban kumpulan pelarian itu telah meletakkan tekanan yang besar kepada negara jiran Syria," jelasnya dipetik Press TV.

Bagi mengatasi masalah itu, Amnesty bertindak mengumumkan pelan penempatan semula melibatkan 5 peratus pelarian Syria menjelang akhir 2015.

Awal minggu lalu, Program Makanan Dunia turut mengumumkan bahawa mereka terpaksa menggantung bantuan makanan kepada 1.7 juta pelarian kerana berdepan krisis pembiayaan berikutan tidak mendapat bantuan daripada masyarakat antarabangsa.

Menurut laporan statistik, kira-kira 3.8 juta pelarian Syria kini mendapatkan perlindungan di Turki, Lubnan, Iraq, Jordan dan Mesir manakala hanya 1.7 peratus daripada mereka ditawarkan tempat perlindungan di negara lain.

Saturday, 6 December 2014

Nasib pelarian Syria tidak terbela


6 DISEMBER 2014

Nasib pelarian Syria tidak terbela


Nasib pelarian Syria tidak terbela Lebih 1.1 juta pelarian Syria kini mendapatkan perlindungan di kem penempatan sementara di Lubnan. Foto: AFP
LONDON - UNITED KINGDOM. Badan hak asasi manusia, Amnesty International menyelar masyarakat antarabangsa kerana didakwa gagal untuk melindungi jutaan pelarian Syria.

Susulan daripada itu, Ketua Hak Pelarian dan Migran, Sherif Elsayed-Ali menggesa semua pihak supaya menyediakan lebih banyak penempatan semula kepada golongan tersebut yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berlarutan di Syria sejak lebih tiga tahun lalu.

"Kekurangan jumlah penempatan semula yang ditawarkan negara antarabangsa adalah benar-benar mengejutkan. Ketika ini, hampir 380,000 pelarian memerlukan tempat perlindungan, namun nasib kebanyakan daripada mereka masih tidak terbela sehingga kini.

"Kegagalan negara 'kaya' untuk meringankan beban kumpulan pelarian itu telah meletakkan tekanan yang besar kepada negara jiran Syria," jelasnya dipetik Press TV.

Bagi mengatasi masalah itu, Amnesty bertindak mengumumkan pelan penempatan semula melibatkan 5 peratus pelarian Syria menjelang akhir 2015.

Awal minggu lalu, Program Makanan Dunia turut mengumumkan bahawa mereka terpaksa menggantung bantuan makanan kepada 1.7 juta pelarian kerana berdepan krisis pembiayaan berikutan tidak mendapat bantuan daripada masyarakat antarabangsa.

Menurut laporan statistik, kira-kira 3.8 juta pelarian Syria kini mendapatkan perlindungan di Turki, Lubnan, Iraq, Jordan dan Mesir manakala hanya 1.7 peratus daripada mereka ditawarkan tempat perlindungan di negara lain