Sunday, 26 January 2014

[ISIS menculik dan membunuh dua orang kanak-kanak Syiah]



Terjemahan:

Bismillahirrahmanirrahim, Firman Allah dalam kalamNya, “Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman” [Al-Tawbah; 14]

ISIS telah menculik dua orang Shabiha daripada dua buah perkampungan Syiah di Syria, Nubul dan Zahra. Penculikan tersebut dilakukan dengan harapan Rejim Syiah bersetuju melakukan pertukaran antara tahanan di Penjara Rejim dengan dua orang shabiha tersebut. Tetapi, Rejim enggan menurut kemahuan ISIS dan meninggalkan mereka tanpa pilihan lain kecuali melaksanakan 'hukuman hudud' dan berjanji untuk melaksanakan lebih banyak hukuman hudud pada sama akan datang. Allah pasti menang tetapi kebanyakan orang tidak menyedarinya! Allahu Akbar! [Bunyi tembakan dilepaskan]

------------------------------

-Saudaraku sekalian yang memahami Bahasa Arab, kalian boleh dengar dengan jelas loghat bacaan Al Quran yang dibacanya. Loghat bacaannya sangat teruk dan janggal serta bacaannya seolah-olah seperti dia tidak pernah membaca Al-Quran sebelum ini. Malah, kalian boleh lihat Syeikh palsu ini tidak menghafal bahagian bacaan yang dibacanya walhal bahasa arab merupakan bahasanya dan dia memerlukan sehelai kertas untuk membantunya mengingati ayat tersebut. Bagaimanana dia mampu melaksanakan sebuah Kerajaan Khilafah yang hebat jika bacaan Al-Quran tiada di dada?!

- Cuba kalian perhatikan wajah tahanan ISIS itu. Mereka tidak mungkin berusia lebih dari 16 tahun dan fizikal mereka terlalu kecil untuk menjadi seorang shabiha. Kita semua tahu bagaimana struktur fizikal shabiha di dalam klip-klip yang dipertontonkan sebelum ini. Mereka ibarat orang tidak berakal yang menzalimi, menyeksa, mengganas semahu mereka. Bukannya remaja seperti mereka ini yang berusia tidak lebih 16 tahun. Jika benar, mereka ini dikatakan sebagai Shabiha, pasti Mujahideen sudah dapat menggulingkan Rejim Bashar dalam hanya sebulan sahaja!!

-Sejak bila di dalam hukuman hudud Islam dikatakan ‘culik kanak-kanak Syiah dan bunuh mereka sekiranya Syiah enggan melakukan pertukaran antara tahanan di dalam penjara rejim dengan dua orang kanak-kanak Syiah tersebut?!’ Ini adalah pemahaman yang sangat salah mengenai hukuman hudud dan tindakan ISIS ini yang menggunakan nama Islam ke atas tindakan mereka ini hanya memburukkan nama Umat Islam sendiri.

-Alangkah lebih baik sekiranya mendedahkan ajaran Islam yang sebenar-benarnya kepada kanak-kanak Syiah ini iaitu dengan memberi dakwah dahulu seperti yang dilakukan Baginda Nabi Muhammad SAW kepada para tahanan Baginda sewaktu perang. Malah Baginda tisak pernah sesekali melakukan penculikan dan kemudiannya membunuh mereka atas nama agama Islam? Adakah orang-orang begini yang kalian mahu mengangkat Kegemilangan Kerajaan Khilafah iaitu dengan melakukan kekacauan dan pembunuhan sesuka mereka dan mengatakan itu adalah cara terbaik untuk mencapai Khilafah?!

"Dan mereka (iaitu orang yang beriman) memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan ‘orang yang ditawan’ ". (Surah Al-Insaan: ayat 8)

Kami berdoa agar saudara kita yang berjuang di bawah ISIS memahami sedalamnya ajaran Islam sebelum mereka turun ke medan perang dan berperang menggunakan nama Islam. Tindakan mereka ini hanya mencalar dan ibarat menconteng arang ke muka mereka sendiri dan nama Islam secara keseluruhannya.

[Sedikit perkongsian ilmu sirah]

Tindakan keatas tawanan Peperangan Badar

Rasullullah SAW berunding dengan para sahabat cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tawanan perang badar.

-Saidina Umar mencadangkan supaya semua tawanan dibunuh.
-Saidina Abu Bakar mencadangkan diambil tebusan keatas mereka dan Rasulullah bersetuju.

Tindakan yang diambil terhadap orang tawanan ialah :

-Tawanan yang pandai dikehendaki mengajar seramai 10 orang anak-anak orang islam membaca dan menulis sehingga pandai.
-Tawanan yang kaya dikehendaki membayar tebusan sebanyak 1000 hingga 4000 darham.
-Tawanan yang fakir dan tidak pandai dibebaskan dengan syarat mereka tidak memerangi orang islam.

Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=i5V4ZiRDgY8&oref=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3Di5V4ZiRDgY8&has_verified=1&bpctr=1390625261
 —

No comments:

Post a Comment