Moscow: Russia semalam mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menarik balik keputusan untuk menjemput Iran ke sidang damai Syria.
“Memanglah ia satu kesilapan. Tanpa Iran, bagaimana kita akan membantu menyatukan umat Islam di seluruh dunia termasuk dalam menentang keganasan?” kata Lavrov.
“Secara asasnya, Iran ‘dipaksa’ menghadiri persidangan itu untuk memulakan perbincangan berhubung perubahan rejim.
“Apabila Ban berkata dia terpaksa menarik balik jemputan untuk Iran disebabkan negara itu tidak sehaluan dari segi prinsipnya dengan tujuan persidangan itu, pada saya dia berselindung di sebalik bahasa licik,” katanya.
Bagaimanapun, pada masa sama Lavroy nampaknya mengakui ketiadaan Iran tidak akan memberi kesan besar kepada hasil persidangan itu, yang dilihat pemula untuk perbincangan lanjut bagi menyelesaikan kemelut politik Syria.
“Pasti pelik jika dalam senarai semua negara ini Iran pula tiada. Apa pun, simbolik kehadirannya tetap penting,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22
Menteri Luar Sergei Lavrov turut menuduh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon menggunakan bahasa ‘licik’ ketika memberi alasan untuk menjelaskan keputusan itu yang dibuat tiba-tiba.
“Memanglah ia satu kesilapan. Tanpa Iran, bagaimana kita akan membantu menyatukan umat Islam di seluruh dunia termasuk dalam menentang keganasan?” kata Lavrov.
Menurutnya, Iran yang hanya bersetuju menghadiri persidangan itu jika tidak dikenakan sebarang syarat seolah-olah dipaksa mengakui perlunya rejim Syria, sekutunya, digulingkan.
“Secara asasnya, Iran ‘dipaksa’ menghadiri persidangan itu untuk memulakan perbincangan berhubung perubahan rejim.
“Apabila Ban berkata dia terpaksa menarik balik jemputan untuk Iran disebabkan negara itu tidak sehaluan dari segi prinsipnya dengan tujuan persidangan itu, pada saya dia berselindung di sebalik bahasa licik,” katanya.
SATU mayat dilihat terperangkap dalam runtuhan di kawasan sasaran serangan bom tong yang dilapor digugurkan tentera udara Syria di Aleppo, semalam. Turut terkena serangan itu ialah sebuah bas mini yang membawa orang awam.
Ban membuat keputusan itu kurang 24 jam selepas mengeluarkan jemputan kepada Iran.
Bagaimanapun, pada masa sama Lavroy nampaknya mengakui ketiadaan Iran tidak akan memberi kesan besar kepada hasil persidangan itu, yang dilihat pemula untuk perbincangan lanjut bagi menyelesaikan kemelut politik Syria.
“Lagi pun perbincangan itu sekadar sehari dan melihat kehadiran 40 menteri luar pelbagai negara.
“Pasti pelik jika dalam senarai semua negara ini Iran pula tiada. Apa pun, simbolik kehadirannya tetap penting,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment