3 Januari 2014
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tentera Elektronik Syria, kelmarin menggodam media sosial Skype dalam insiden serangan siber terbaru yang dilakukan kumpulan penggodam prokerajaan.
Dipetik laporan Al-Arabiya, mereka turut memuat naik status di Twitter dan blog memberitahu orang ramai supaya tidak menggunakan perkhidmatan emel Microsoft yang merupakan pemilik kepada Skype.
Mesej dimuat naik kumpulan penyokong rejim Presiden Bashar al-Assad mendakwa, Microsoft melakukan pemantauan ke atas emel dan menjual data pengguna kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, mesej itu dilaporkan telah dipadam dan Skype turut mengesahkan insiden penggodaman tersebut.
Sebelum ini, Tentera Elektronik Syria terbabit pernah menggodam laman The New York Times, Agence France-Presse dan beberapa organisasi media lain ketika ketegangan memuncak di Damsyik.
No comments:
Post a Comment