Moscow: Russia mengecam draf resolusi Arab-Barat Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai akses penghantaran bantuan kemanusiaan ke Syria.
Bagaimanapun, Russia dan sekutunya China bersedia merundingkan draf baru jika ia mampu membantu penghantaran bantuan.
Russia turut bersetuju membantu majlis berkenaan merangka draf baru malah menyerahkan pindaan dicadangkannya kepada anggota tetap Majlis Keselamatan yang dikenali sebagai P5.
Sehubungan itu, anggota P5 akan membincangkan cara terbaik untuk menggabungkan semua teks terbabit.
Russia menentang draf itu sejak menerimanya minggu lalu, malah Menteri Luar Sergei Lavrov menyifatkannya tidak realistik.- Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14
Ia menyifatkannya sebagai langkah persediaan untuk serangan tentera terhadap kerajaan Presiden Bashar al-Assad.
Timbalan Menteri Luar Gennady Gatilov berkata, tujuan resolusi itu adalah untuk membuka ruang bagi mengambil tindakan ketenteraan terhadap kerajaan Syria jika tidak memenuhi syarat diketengahkan.
“Pada kami ia tidak boleh diterima dan kami pasti memveto draf ini kerana terlalu bersifat berat sebelah terhadap kerajaan Syria,” katanya.

BEBERAPA kanak-kanak menunggu untuk dipindahkan dari bandar Homs yang dikepung tentera Bashar hampir dua tahun lalu.
Bagaimanapun, Russia dan sekutunya China bersedia merundingkan draf baru jika ia mampu membantu penghantaran bantuan.
Russia turut bersetuju membantu majlis berkenaan merangka draf baru malah menyerahkan pindaan dicadangkannya kepada anggota tetap Majlis Keselamatan yang dikenali sebagai P5.
Sehubungan itu, anggota P5 akan membincangkan cara terbaik untuk menggabungkan semua teks terbabit.
Russia menentang draf itu sejak menerimanya minggu lalu, malah Menteri Luar Sergei Lavrov menyifatkannya tidak realistik.- Reuters
No comments:
Post a Comment