Sunday, 9 February 2014

syria

Gambar ini diambil sewaktu Program Pemindahan dan Menyelamatkan wanita dan lelaki tua daripada Homs dan Kem Yarmuk yang dicadangkan Assad di Geneva. 

Secara kasarnya, pasti ramai yang beranggapan Program dilancarkan Assad selepas 3 tahun dia cuba untuk menghapuskan Muslim-sunni di bumi Syria sebagai 'baik', 'masuk akal' dan 'bertanggungjawab' walhal dia merupakan dalang di sebalik huru-hara di sana.

Tetapi jika kita berfikir dengan lebih kritis, dengan adanya Program ini, segala perancangan Assad akan lebih mudah dicapai. Pertama sekali, dengan memindahkan para wanita dan lelaki tua bermaksud para mujahidin (lelaki dewasa) akan masih di kawasan pedalaman dan lebih memudahkan Assad membalas dendam dan memudahkannya melenyapkan terus umat Islam di sana secara berperingkat apabila hanya lelaki dewasa (Mujahidin) yang tinggal.

Tidak lupa juga kepada para pelarian Palestin yang sebelum ini telah melalui peristiwa yang sama iaitu berpindah dari kampung halaman mereka ke kawasan baru dan kini disebabkan serangan 'Assad', mereka kini akan dipindahkan lagi ke kawasan baru.

Sekarang, sekiranya Assad berjaya melancarkan Programnya iaitu memindahkan wanita dan lelaki tua, Homs pasti tidak lama lagi akan bebas dari muslim-sunni dan impian bapanya, Hafez Assad yang mahukan sebuah negara Syiah baru di pinggir laut Syria akan tercapai tidak lama lagi!

No comments:

Post a Comment