Thursday, 6 February 2014

Tentera Bashar bom masjid

BEBERAPA lelaki memerika kemusnahan akibat serangan tentera udara Bashar di kawasan kediaman Al-Sukkari, Aleppo kelmarin.- REUTERS


ALEPPO - Pesawat tentera Syria menggugurkan sebutir bom buatan sendiri yang menjadikan sebuah masjid sebagai sasaran serangan di sini kelmarin.
Masjid itu dijadikan sebuah sekolah untuk para pelajar selepas ia dikuasai kumpulan penentang-penentang Bashar di sini.
Lebih lima orang termasuk termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu.
Pengeboman tersebut merupakan satu daripada tujuh serangan yang dilancarkan regim Presiden Bashar Al-Assad untuk menguasai semula bandar raya ini yang ditawan pihak penentang pada pertengahan tahun 2012.
Tentera Bashar telah membedil kawasan-kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di sini sejak pertengahan Disember tahun lalu.
Beberapa aktivis daripada kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, beratus-ratus orang awam maut dalam pengeboman itu dengan angka kematian penuh meningkat kepada 27 orang.
Beberapa butir bom tong turut digugurkan di kawasan lain di sini tetapi angka korban atau kecederaan ekoran siri serangan itu masih belum dapat dipastikan.
Tentera Syria menggunakan bom tong yang dibuat daripada bahan api, bahan letupan dan serpihan logam untuk menyerang tempat-tempat awam.
Dalam pada itu, Rusia yang merupakan sekutu kuat Bashar melahirkan keyakinan Damsyik akan kembali ke meja rundingan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland dalam usaha menamatkan konflik di Syria.
"Saya yakin kerajaan Syria akan mengambil bahagian dalam pusingan kedua rundingan itu," kata Utusan Khas Rusia ke Asia Barat, Mikhail Bogdanov kelmarin.
Krisis Syria yang bermula dengan kebangkitan aman menentang pemerintahan Bashar pada Mac 2011 bertukar menjadi perang saudara yang mengorbankan lebih 130,000 orang setakat ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2sVbFvX9z 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment