2014/02/11
BAALBEK, Lubnan: Tentera udara Syria melancarkan dua serangan ke atas bandar sempadan Lubnan, Arsal semalam tetapi tidak menyebabkan sebatang kemalangan jiwa, menurut sumber keselamatan Lubnan.
Serangan itu adalah yang terbaru dalam siri serangan merentas sempadan terhadap Arsal.
Pada 17 Januari lalu, bedilan meriam ke atas bandar itu menyebabkan lapan penduduk, termasuk lima kanak-kanak terbunuh.
Serangan pada Disember lalu pula menyebabkan tentera darat Lubnan melepaskan tembakan anti-pesawat.
Penduduk Arsal menyokong penentangan terhadap Presiden Bashar al-Assad dan menjadi tempat perlindungan ribuan rakyat Syria yang melarikan diri daripada konlik itu. - AFP
No comments:
Post a Comment