Sunday, 2 March 2014

Kubur besar ditemui di Aleppo

Kubur besar ditemui di Aleppo

2 Mac 2014  ALEPPO - SYRIA. Satu kubur besar ditemui di sebuah daerah di bandar Aleppo iaitu kawasan yang pernah dikuasai militan Kumpulan Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Jurucakap Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, sebanyak 10 mayat dikeluarkan dari kubur terbabit yang terletak di Jabal Bursaya, utara Aleppo.

“Kami sedang menyiasat sekiranya terdapat laporan lain tentang penemuan kubur sama di Aazaz iaitu bandar yang pernah dikuasai ISIL,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini ISIL bertanggungjawab terhadap pembunuhan ratusan militan yang menyokong Tentera Pembebasan Syria.

“Jumaat lalu, ISIL mengeluarkan semua ahlinya di Aazaz, Lapangan Terbang Tentera Minnigh, Mayer dan kampung-kampung sekitar Deir Jamal serta Kafin selepas mendapat arahan daripada kumpulan militan Al Nusra iaitu sayap Al-Qaeda,” katanya yang dipetik Al Jazeera

Beliau berkata, menurut laporan, angka kematian dari Januari hingga Februari dicatatkan seramai 3,300 orang dan jumlah itu dijangka meningkat sekiranya terdapat penemuan beberapa lagi kubur besar dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment