2014/03/24 - 04:08:41
Damsyik: Syria menuduh Ankara melakukan pencerobohan terang-terangan selepas tentera Turki menembak jatuh sebuah pesawat perangnya di sempadan kedua-dua negara, sekali gus meningkatkan ketegangan ketika tentera kerajaan bertempur dengan pemisah di kawasan itu.
Hubungan antara kedua-dua negara musnah ketika konflik Syria apabila Ankara menyatakan sokongan kepada pemisah yang cuba menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
Ia adalah insiden paling serius sejak September lalu apabila pesawat perang Turki menembak jatuh helikopter Syria yang didakwa Ankara berada kira-kira dua kilometer di ruang udaranya.
Sumber tentera Syria berkata, Turki menembak jatuh pesawatnya dan ia adalah tindakan pencerobohan yang menjelaskan bahawa Turki menyokong kumpulan pemberontak.
“Pesawat itu ‘mengejar’ kumpulan pengganas di Kasab di dalam wilayah Syria,” kata sumber berkenaan merujuk kepada sempadan yang menjadi punca pertelagahan kedua-dua negara.
Tentera Syria dan pemberontak bertempur sejak Jumaat untuk menguasai pusat pemeriksaan sempadan di Kasab yang di utara Latakia, kubu kuat pemberontak.
Perdana Menteri Turki memberi amaran kepada Syria agar tidak mengambil sebarang tindakan balas. - AFP
sempadan turki syria memang longgar sbb turki membenarkan pengganas masuk dgn mudah. boneka zionis amerika bodoh jadi alat nato. berani kerana nato. bukan berani kerana benar.
ReplyDeletesudahlah errdogan. simbol rabiah kamu tu elok guna atas diri sendiri. bila cerita rasuah ko dgn kroni terbongkar sibuk nak sekat twitter dan google. siap ada rakaman talipon suruh anak sorok duit tunai yg byk.
ko tembak pesawat syria yg mengebom kedudukan pengganas disempadan sbg alasan utk mengalih perhatian rakyat dari skandal ko dan sbg bukti taat setia kamu kpd zionis amerika.
konon parti islam tapi sembah zionis amerika.
dlm al-Quran ada ayat yg membawa makna bhw jgn kamu mengambil yahudi n nasrani sbg kwn atau pelindung. sebab mrk hanyalah kwn dan pelindung antara mereka.
Woi broader otak kau tak de ke
DeleteApalah bodoh kau ni kau membebel Kat sini adrogan bukan tau pun
ReplyDelete