2014/03/17 - 03:54:57
Pemandangan di Yabroud yang berjaya ditawan semula tentera kerajaan Syria semalam. |
BEIRUT: Tentera kerajaan yang disokong pejuang Hizbullah mengambil alih kawalan di bandar Yabroud, Syria semalam selepas mengusir keluar pemberontak, kata media tempatan.
Tindakan itu sekali gus membantu Presiden Bashar al-Assad menjamin laluan darat yang menghubungkan Damsyik ke hab komersial di Aleppo dan pantai Mediterranean.
Kejatuhan Yabroud, kubu pemberontak terakhir di sempadan Lubnan, juga akan menyekat rangkaian bekalan penting pemberontak dari Lubnan dan memastikan kawalan kerajaan ke atas kawasan yang meliputi Damsyik ke pusat bandar Homs.
Televisyen Negeri SANA berkata, tentera kerajaan beroleh “kawalan sepenuhnya” di seluruh bandar termasuk membunuh atau menangkap ramai pemberontak.
Satu sumber tentera memberitahu Reuters kebanyakan pemberontak diusir keluar dari Yabroud sekitar subuh, sehari selepas tentera kerajaan memasuki daerah timur dan menawan beberapa puncak bukit.
Askar juga menemui sebilangan besar bahan letupan yang ditanam pemberontak, kata SANA.
Seorang pejuang di Yabroud dari sempadan Nusra, mengesahkan kepada Reuters pemberontak memutuskan untuk menarik diri. Mereka menuju ke arah kampung-kampung berdekatan termasuk Hosh Arab, Rankos dan Fleita, katanya.
Beribu-ribu orang awam melarikan diri dari Yabroud, bandar yang menempatkan kira-kira 40,000 hingga 50,000 orang kira-kira 60 kilometer ke utara Damsyik, dan kawasan sekitarnya selepas dibom dan dibedil bulan lalu.
Imej yang disiarkan televisyen Al Mayadeen dari jalan utama di Yabroud menunjukkan jalan kosong, kedai bidai dan rumah-rumah terbengkalai. Tembakan dan bedilan menjadi latar belakang rakaman berkenaan, yang dilaporkan wartawan berlaku dekat dengan pertempuran antara tentera kerajaan dengan persembunyian pemberontak.
Kerajaan kembali menguasai kawalan di sepanjang jalan darat dan juga di sekitar Damsyik dan Aleppo sejak beberapa bulan lalu, mengembalikan semula inisiatif dalam konflik yang sudah memasuki tahun keempat.
Lebih 140,000 orang terbunuh dalam perang saudara membabitkan perbezaan mazhab yang bermula dengan protes jalanan besar-besaran terhadap Assad tetapi bertukar menjadi pemberontakan bersenjata selepas tindakan keras ke atas penunjuk perasaan. - Reuters
apa yg berlaku disyria bukannya perang saudara atau perang mazhab sbb 80% penduduk Syria adalah sunni. Begitu juga tentera Syria majoritinya adalah sunni. setelah hampir 3 tahun assad masih lagi berkuasa menunjukkan bhw perang ini tidak mendapat sokongan rakyat Syria.
ReplyDeleteapa yg berlaku disana hendaklah dilihat dari perspektif yg luas. Berpunca dari kelahiran anak didik CIA iaitu al-Qaeda, 9/11, Afghanistan, arab spring dan kejatuhan saddam dan qadaffi.
secara kasar ialah menghapuskan saki baki tentangan terhadap zionis Israel ditimur tengah yg tinggal hanyalah Hezbollah dan Iran.
http://www.nytimes.com/2011/10/13/world/middleeast/syrians-rally-in-support-of-assad.html?_r=0
http://www.freerepublic.com/focus/religion/3104000/posts
http://www.islamicinvitationturkey.com/2014/03/17/video-tunisian-terrorist-admits-to-destroying-syria-mosques/