BEIRUT 5 Mac - Helikopter-helikopter Syria semalam melancarkan tiga serangan di kawasan Lebanon di bandar Arsal yang bersempadan dengan Syria.
Serangan tentera Syria itu dilancarkan di kawasan pergunungan yang tidak berpenghuni di pinggir Arsal berhampiran sempadan Syria.
Bagaimanapun masih tidak jelas sekiranya terdapat kemalangan jiwa dalam serangan itu, lapor National News Agency yang menambah serangan itu mengenai kawasan Khirbet Yunin dan Wadi Ajram.
Jet pejuang dan helikopter Syria sering melancarkan serangan udara dan roket di kawasan Lebanon yang bersempadan dengan negara itu.
Disember lalu, tentera Lebanon menggunakan sistem pertahanan udaranya terhadap helikopter tentera Syria selepas satu serangan di sekitar Arsal.
Serangan itu dipercayai tindak balas pertama tentera Lebanon terhadap pencerobohan tentera Syria.
Penduduk Arsal merupakan penyokong kepada revolusi menentang Presiden Syria, Presiden Bashar al-Assad dan bandar itu menempatkan puluhan ribu pelarian dari Syria.
Arsal sebelum ini dikenali sebagai laluan penyeludupan yang digunakan penentang Syria bagi membawa senjata dan anggotanya berulang-alik antara Lebanon dan Syria. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140306/lu_10/Tentera-Syria-serang-Arsal#ixzz2v8CooWUv
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment