Serangan mortar kembali membedil sekitar bandar Damsyik. |
Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Syria berkata, pasukannya memindahkan 50 orang cedera ke hospital di seluruh Damsyik.
“Keadaan makin tertekan apabila serangan mortar kembali meledak sekitar bandar ini. Ahad lalu, seorang maut dalam serangan sama di Aleppo,” katanya dalam laporan Al Jazeera.
Menurutnya, serangan turut berlaku di Sweida, berhampiran sempadan Jordan mengakibatkan dua maut.
Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, setakat ini 150, 344 nyawa terkorban dengan 51, 212 terdiri daripada orang awam dan 7, 985 adalah kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment