Friday, 25 April 2014

Syria nafi guna senjata kimia

WARTAWAN SINAR HARIAN
Syria nafi guna senjata kimia
Seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa serangan gas beracun dirawat di sebuah hospital di kampung Kfar Zeita, tengah wilayah Hama. Gambar kecil: Bashar al-Ja'afari
25 April 2014


SYRIA - Syria, kelmarin menyangkal dakwaan terbaharu yang menuduh kerajaan menggunakan senjata kimia untuk memerangi kegiatan militan di negara itu.

Wakil Tetap Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bashar al-Ja'afari menafikan sekeras-kerasnya bahawa gas klorin digunakan dalam siri serangan di pinggir ibu negara.

Menurutnya, tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh kumpulan pembangkang tanpa bukti kukuh.

"Aktivis antikerajaan turut sengaja memuat naik rakaman video yang mendakwa ia sebagai serangan senjata kimia terbaharu di negara ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Keselamatan PBB, U Joy Ogwu berkata, anggota agensi berkenaan menggesa satu siasatan dilakukan bagi mengesahkan insiden terbabit.

"Saya mencadangkan Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) memainkan peranan utama untuk menyiasat dakwaan itu," menurutnya dalam laporan Press TV.

No comments:

Post a Comment