HOMS 26 Mei - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam letupan bom kereta semalam yang menyasarkan kawasan penyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad, di sini.
"Seramai 10 orang maut dan 22 orang lagi cedera dalam serangan bom kereta di sebuah perhentian teksi di Zahraa," menurut gabenor wilayah, Talal al-Barazi, manakala Pemerhati Hak Asasi Syria melaporkan seramai 12 orang terbunuh.
Sementara itu, bom kedua meletup di daerah berlainan dan mencederakan tiga orang, namun tiada mangsa terbunuh, kata Talal. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140526/lu_01/10-maut-dalam-letupan-bom-kereta-di-Syria#ixzz32lmogvqG
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment