Sunday, 29 June 2014

Betapa indahnya jika setiap keluarga Muslim di Malaysia mendermakan satu tin untuk anak-anak Syria?!

Betapa indahnya jika setiap keluarga Muslim di Malaysia mendermakan satu tin untuk anak-anak Syria?! 

Mungkin bagi ramai orang apalah sangat nilai satu tin susu.
Namun satu tin susu di Syria sangat bermakna kerana ianya boleh menyelamatkan seorang kanak-kanak dari ditimpa kebuluran yang boleh membawa kepada kematian.

Satu tin susu boleh memberi sumber makanan kepada anak seorang Mujahid yang mempertahankan agama Allah dan itu bererti menyokong ummat Islam di bumi Syam yang diberkati oleh Allah.

Bumi Syam yang mana Rasulullah saw telah berpesan kepada kita supaya melindunginya.

Wahai Saudara-saudaraku semua.
Tidak cukup untuk untuk kita sekadar membaca post ini sahaja.
Yang lebih dari itu mendermalah untuk mereka.
Namun jika mahu habuan yang lebih maka perlulah mengambil bahagian dalam penyebaran berita ini supaya dapat pahala di atas setiap orang yang menderma disebabkan usaha murni anda.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadith yang sahih:
"Orang yang menunjuk sesuatu amalan yang baik akan memperolehi pahala seperti mana orang yang melakukannya".

Dan Baginda Rasulullah saw sentiasa benar dalam kata-katanya.

Ayoh bertindak! Lebih-lebih lagi dalam bulan pahala berganda ini!

No comments:

Post a Comment