22 Jun 2014
DAMSYIK - SYRIA. Krisis kemanusiaan di Syria dilaporkan semakin meruncing akibat konflik yang berterusan sejak lebih tiga tahun lalu.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon berkata, 10.8 juta penduduk di Syria kini semakin menderita akibat kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas lain.
Menurut laporan beliau, jumlah penduduk di kawasan yang sukar diakses di negara bergolak itu kini meningkat kepada 4.7 juta orang.
"Sehingga 9 Jun lalu, hanya 12 peratus dari jumlah 4.25 juta penduduk Syria menerima bantuan Program Makanan Sedunia berbanding 26 peratus pada April lalu," katanya dipetik Press TV.
Difahamkan, usaha untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan sering tergendala dan berdepan pelbagai halangan berikutan sekatan yang dikenakan Syria.
No comments:
Post a Comment