Proses pengiraan dilakukan di Homs selepas lebih 60 bandar gagal melaksanakan pilihan raya selepas dibedil pejuang Tentera Pembebasan Syria terutama di bandar kedua terbesar di Aleppo. Foto: EPA |
DAMSYIK - SYRIA. - Pilihan Raya Presiden di Syria ditutup kelmarin selepas lebih 15 juta rakyat negara itu keluar mengundi.
Menurut media tempatan, undian ditutup tengah malam kelmarin selepas dilanjutkan lima jam.
Presiden Syria, Bashar Al-Assad, ditandingi dua pencabar, iaitu ahli politik Maher Hajjar dan ahli perniagaan Hassan Al-Nouri.
Pilihan raya ini sekali gus menyaksikan pertandingan lebih dari satu calon sejak lebih setengah abad.
Ia juga adalah yang pertama dalam tempoh lebih 40 tahun, selepas pindaan perlembagaan memansuhkan sistem referendum.
Pemerhati berpendapat, kemenangan dijangka berpihak pada Bashar dengan menjanjikan tempoh pemerintahan 7 tahun, iaitu penggal ketiga untuk beliau.
Perjalanan pilihan raya itu turut disaksikan sekutu kuat Bashar, iaitu Iran, Korea Utara dan Rusia.
Memetik laporan Al Jazeera , jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, keputusan pilihan raya itu bakal diketahui selewat-lewatnya hari ini.

No comments:
Post a Comment