BEIRUT 7 Julai - Kumpulan militan daripada Kumpulan Negara Islam (IS) telah menghalau lebih daripada 30,000 penduduk di timur negara ini, di bandar Shuheil, semalam.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, IS telah memaksa kira-kira 30,000 penduduk meninggalkan rumah mereka selepas merampas bandar Shuheil Khamis lalu, daripada Barisan Al-Nusra.
Kira-kira 30,00 penduduk telah dipaksa meninggalkan rumah di bandar Khosham dan Tabia Jazeera dan juga Deir Ezzor, wilayah timur negara ini," kata jurucakap badan pemantau hak asasi manusia yang berpangkalan di Britain. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140707/lu_01/30000-penduduk-di-timur-Syria-dihalau-keluar#ixzz36jCrYwb2
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment