Ramai yang bertanya dan mempertikaikan kenapa saya memilih Palestin untuk menyambung pengajian? Ini berikutan keadaan di Palestin yang sentiasa bergolak akibat kekejaman rejim Zionis yang masih belum bernoktah.
Sebenarnya, saya ingin mengambil keberkatan atas bumi Syam. Ia sejajar dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bumi Syam dihamparkan dengan penuh rahmat dan akan menjadi tumpuan umum terutamanya ketika akhir zaman. Bumi ini juga tempat kelahiran ramai anbiya’.
Sebelum ini, saya pernah menuntut di sebuah universiti di Syria selama kira-kira setahun setengah, namun saya keluar dari Syria apabila berlakunya krisis dalaman negara itu antara pemimpinnya, Presiden Bashar Al-Assad dengan rakyat.
Keadaan di Lubnan pula tidak sesuai untuk saya menuntut dalam bidang pengajian Islam, manakala di Jordan pula, terlalu ramai penuntut Malaysia berada di situ. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian di Palestin.
Keadaan di Lubnan pula tidak sesuai untuk saya menuntut dalam bidang pengajian Islam, manakala di Jordan pula, terlalu ramai penuntut Malaysia berada di situ. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian di Palestin.
KANAK-KANAK Palestin menaiki basikal melepasi sebuah balai polis yang musnah dalam serangan tentera Israel di utara Gaza.
Biarpun, keadaan di Palestin tidak menentu dengan pelbagai ancaman keselamatan daripada rejim Zionis, ini tempat terbaik untuk saya meneruskan pengajian dan saya satu-satunya pelajar Malaysia yang menuntut di universiti di Palestin.
No comments:
Post a Comment