SINGAPURA 9 Julai - Sejumlah rakyat Singapura didapati turut terlibat menyertai kegiatan militan di Syria, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean hari ini.
Beliau dipetik Channel News Asia sebagai berkata, perkara itu menimbulkan kebimbangan tentang ancaman keganasan di republik ini.
Katanya, antara rakyat Singapura yang dikenal pasti berada di Syria untuk menyertai militan ialah Fakkurudeen Usman Ali yang turut membawa isteri dan tiga anaknya ke negara tersebut.
Jelas Chee Hean, seorang wanita tempatan dipercayai turut serta dalam kegiatan itu bersama suami dan dua anak lelakinya, sementara beberapa individu lain seperti Abdul Basheer Abdul Kader, Zakaria Rosdan dan Khairul Sofri Osman berjaya dihalang daripada meninggalkan Singapura. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140710/lu_08/Militan-Rakyat-Singapura-turut-ke-Syria#ixzz370vuy6IA
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment