Mangsa dipercayai ahli kumpulan Daulah Islamiah (IS) sudah berada di Syria sejak beberapa bulan lalu dan dikenali sebagai Abu Khattab al-Malizi dalam kalangan pasukannya.
Gambar mangsa dimuat naik dalam Facebook (FB) oleh rakan sepasukannya yang memaklumkan dia cedera dalam pertempuran itu, baru-baru ini.
Selain itu, rakaman video mangsa turut dimuat naik dengan keadaan bahu mangsa yang berdarah selain sedang kesakitan.
Difahamkan, keadaan itu mengakibatkan tulang bahu mangsa hancur dan kini mendapat rawatan di sebuah kawasan yang tidak dikenal pasti.
Dalam perbualan di FB, rakan mangsa memberitahu rakyat Malaysia lain yang berjuang di negara itu selamat.
MANGSA yang cedera akibat terkena tembakan.
“Seorang rakyat Malaysia cedera, tulang lengan pecah. Lain selamat,” katanya.
Menurutnya, terdapat juga beberapa rakyat Malaysia yang baru menyertai mereka dan merasai pengalaman bertempur.
“Orang baru semua, bagi peluang kepada mereka merasai bagaimana bertempur,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Keganasan) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti 20 rakyat Malaysia yang dipercayai terbabit dalam IS.
No comments:
Post a Comment