4 Julai 2014
DAMSYIK - SYRIA. Pemindahan senjata kimia Syria dari kapal kontena Denmark ke kapal Amerika Syarikat selesai dilakukan di pelabuhan Itali, semalam.
Proses pelupusan adalah kemuncak program untuk Syria menghapuskan senjata kimia daripada simpanan selepas bantahan yang diikuti serangan kimia oleh rejim Bashar Al-Assad di pinggir bandar ibu negara Ogos tahun lalu yang meragut 1,400 nyawa.
Setiausaha Media Pentagon John Kirby dalam satu kenyataan berkata, pemindahan bahan kimia dari kapal kontena Denmark Ark Futura ke Motor Vessel Cape Ray selesai dan Cape Ray bertolak dari pelabuhan Gioia Tauro, Itali untuk ke perairan antarabangsa di Laut Mediterranean petang ini (semalam).
"Operasi peneutralan perlu mengambil beberapa minggu untuk disiapkan," katanya dipetik dari Al Arabiya.
No comments:
Post a Comment