Saturday, 5 July 2014

Pemisah tawan medan minyak


2014/07/05 - 01:14:04
Pemisah tawan medan minyak
Sukarelawan Syiah mengawasi keadaan di kawasan padang pasir antara Kerbala dan Najaf, selatan Baghdad, kelmarin.

Beirut: Kumpulan Pemisah Negara Islam (IS) kini menguasai sepenuhnya medan minyak dan gas utama Syria di wilayah Deir Ezzor yang bersempadan dengan Iraq, kata kumpulan pemerhati.

IS mengisytiharkan kawasan yang dikuasainya di Syria dan Iraq sebagai “Khalifah Islam” dengan menerajui serangan terhadap tentera kerajaan.

“IS mengambil alih padang minyak Tanak, terletak di padang pasir Sheiytat di timur wilayah Deir Ezzor,” lewat kelmarin selepas pesaing pemberontak menarik diri, kata Pemerhati Hak Kemanusiaan Syria.

Sebelum itu, kumpulan militan menguasai lapangan minyak utama Al-Omar. Namun mereka masih gagal menawan padang minyak kecil Al-Ward yang hanya menghasilkan 200 tong gas sehari dan kini dikuasai puak tempatan, kata Pengarah Pemerhati Rami Abdel Rahman.

Kumpulan Pemisah Negara Islam menguasai Tanak dan Al-Omar selepas pesaing pejuang dari Barisan Al-Nusra Al-Qaeda dan kumpulan pemberontak Syria menarik diri dari kawasan berkenaan, kata pemerhati.

Pada Januari lalu, Al Nusra dan kumpulan militan lain mula berpaling dari kumpulan jihad yang sebelum ini dikenali sebagai pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), dalam usaha mereka menguasai seluruh Syria.

Kumpulan pemberontak menyingkirkan IS dari timur laut wilayah Idlib dan dari Aleppo, namun kumpulan itu kekal teguh menguasai bentengnya di wilayah Raqa.
Di Deir Ezzor, IS sudah mengambil alih hampir seluruh kawasan luar bandar, tenteranya dirangsang oleh senjata berat yang dirampas daripada tentera Iraq yang melarikan diri dari serangan yang diterajui oleh militan Sunnah.

Pada Ahad lalu, Kumpulan Pemisah Negara Islam mengisytiharkan pemerintahan khalifah, merujuk kepada sistem pemerintahan Islam yang telah dimansuhkan hampir 100 tahun lalu, satu langkah yang dianggap pemberontak termasuk kumpulan Islam di Syria sebagai bidaah. Perang Syria bermula sebagai satu gerakan aman menuntut penyingkiran Assad, berubah menjadi konflik selepas tindakan keras dan kejam oleh rejim. 

No comments:

Post a Comment