Sukarelawan menyelamatkan mangsa selepas kediaman mereka dibedil tentera rejim. - Foto AFP |
Jurucakap Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria memaklumkan, serangan tanpa henti itu turut dilancarkan ke Saraqeb dan Ehsim yang kini dikuasai Tentera Pembebasan Syria (FSA).
"Bedilan pesawat mengenai kem perlindungan sementara yang menempatkan penduduk di luar Saraqeb," jelasnya menurut laporan AFP.
Susulan serangan itu, banyak rakaman video dimuat naik ke laman Youtube dengan ada yang menunjukkan sekumpulan penduduk cuba mengeluarkan seorang lelaki yang tertimbus sehingga paras leher di bawah runtuhan bangunan.
Semenetera itu, kira-kira 130,000 pelarian Syria yang melarikan diri daripada militan Negara Islam (IS), memasuki Turki sejak empat hari lalu.
Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmus berkata, Turki bersedia menerima pelarian tersebut memasuki negara berkenaan.
No comments:
Post a Comment