Friday, 12 September 2014

‘Memang tak mahu balik’


Kuala Lumpur: “Aku memang tak mau (mahu) balik dah. Kalau tak syahid pun, mungkin aku akan terus berjihad ja. Biarlah hidup aku untuk berjihad, tak ada lain”. Itu antara kandungan mesej menerusi aplikasi WhatsApp dihantar Allahyarham Mohd Fadzlan Shahidi, 21, kepada ahli keluarga dua bulan lalu selepas mereka bertanya khabar masing-masing.
Menurut seorang ahli keluarga Fadzlan yang enggan namanya didedahkan berkata, Fadzlan yang maut di Syria kelmarin sering berkongsi perasaan dan gambarnya di Syria termasuk gambar bom mortar.
Katanya kali terakhir mereka berjumpa ketika meraikan perkahwinan sanak saudara lebih setahun lalu sebelum arwah Fadzlan ke luar negara bersama kumpulan dikenali sebagai mujahidin.

“Saya hanya mengetahui pembabitannya di Syria menerusi Youtube. Dia mengaku sudah berada di Syria dan akan berjuang di sana selepas kami berhubung melalui laman sosial Facebook.
Foto
KUBUR Fadzlan di Syria dilawati rakan seperjuangannya. Gambar kecil, Muhammad Fadzlan Shahidi (atas) bersama rakan perjuangannya.

“Arwah seorang pendiam dan tak banyak cakap. Memang saya sedih, namun itu jalan yang dia pilih. Saya doakan dia dicucuri rahmat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/11

No comments:

Post a Comment