LIMASSOL: Beratus-ratus pelarian Syria yang diselamatkan oleh kapal pesiaran di Laut Mediterranean, setuju ke Cyrus hari ini selepas enggan berganjak selama beberapa jam dan mendesak agar dibawa ke Itali.
Sejumlah 345 pendatang asing, sebahagian besar wanita dan kanak-kanak, diselamatkan daripada sebuah bot yang menghadapi masalah di luar pesisiran pantai Cyprus oleh sebuah kapal pesiaran.
Polis berkata kira-kira 700 orang turun dari kapal pesiaran sepanjang 157 meter itu di pelabuhan Limassol tetapi hanya 65 daripada mereka yang diselamatkan meninggalkan kapal berkenaan.
Menurut syarikat perkapalan itu, baki yang lain enggan berganjak.
Bagaimanapun situasi itu diselesaikan sebelum subuh selepas polis memasuki kapal itu untuk bercakap dengan saki-baki pelarian, kata Marinos Papadopoulos, pegawai Kementerian Dalam Negeri.
Pelarian itu dibawa dengan bas ke sebuah kem tidak jauh dari Nicosia.
Di sini mereka boleh mandi, mendapat pakaian bersih dan rehat, menurut Persatuan Palang Merah.
Kapal pesiaran itu membalas isyarat kecemasan daripada sebuah bot nelayan yang berlayar kira-kira 50 batu nautika di pantai timur dalam cuaca buruk, kata Kementerian Pertahanan Cyprus.
Kapal itu dalam perjalanan dari Pulau Greek Syros ke Limassol apabila ia menerima panggilan supaya membantu dalam kerja menyelamat. - AFP
No comments:
Post a Comment