Mursitpinar, Turki: Satu kumpulan kecil militia memasuki bandar Kobane dari Turki semalam dalam misi membantu pejuang Kurdis mempertahankannya daripada dirampas militan Negara Islam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5268#sthash.YWBeshuT.dpuf
Pegawai Kurdis dari Kobane, Idriss Nassan berkata, mereka ialah anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan jumlahnya dianggarkan seramai 50 orang.
Kata Idriss, sekumpulan pejuang Kurdis juga dalam perjalanan ke Kobane melalui sempadan Syria-Turki.
“Anggota FSA yang memasuki Kobane dengan kereta melalui sempadan Turki,” katanya.
FSA ialah badan utama menaungi kumpulan pejuang antikerajaan bagi menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
Kepemimpinan mereka berpusat di Turki.
Seramai 150 pejuang Kurdis tiba di Turki dari Iraq awal pagi semalam dan dijangka memasuki Syria hari ini.
Mereka datang selepas Ankara bersetuju membenarkan pejuang Kurdis menggunakan sempadan mereka untuk berperang di Syria.
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, membenarkan pejuang Kurdis dan FSA memasuki Syria dari wilayahnya adalah “satu-satunya cara membantu Kobane selepas negara lain enggan memanfaatkan mereka.” - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:21 AM
No comments:
Post a Comment