Pelarian Syria di Greece menuntut kerajaan mencari penyelesaian untuk mereka. |
ATHENS - GREECE . Lebih 200 pelarian Syria di Greece melancarkan mogok lapar di ibu negara Athens, semalam.
Protes yang dimulakan di hadapan bangunan Parlimen Greece sejak 19 November lalu, bertujuan menggesa kerajaan memberi mereka pekerjaan dan hak bermastautin sementara.
Difahamkan, beberapa penunjuk perasaan bertindak duduk di kaki lima dan menutup mulut mereka dengan pita pelekat.
Greece merupakan pintu masuk pelarian yang ingin ke Kesatuan Eropah dan negara terbabit menyaksikan peningkatan dalam bilangan pelarian Syria berikutan ramai yang menyeberangi dengan bot dari Turki, dipetik dari laporan Press TV.
No comments:
Post a Comment