Ramai kanak-kanak menjadi pelarian akibat peperangan di Syria, tahun lalu.
Ramai kanak-kanak menjadi pelarian akibat peperangan di Syria, tahun lalu.
BEIRUT - LUBNAN. Lebih 76,000 orang maut dalam konflik berpanjangan di Syria sepanjang 2014.

Jumlah berkenaan adalah yang tertinggi sejak perang meletus di negara itu, empat tahun lalu.

Konflik yang tercetus sejak 2011 itu juga menyaksikan kebangkitan kumpulan militan Negara Islam (IS) yang menguasai sebahagian besar wilayah di Syria serta negara jiran, Iraq.

Pemerhati Hak Asasi bagi Syria berkata daripada jumlah 76,021 yang maut tahun lalu, 18,000 adalah orang awam  termasuk 3,501 kanak-kanak.

"Sebahagian besar yang terkorban di Syria sepanjang tahun lalu adalah pejuang, termasuk hampir 17,000 militan lapor Press TV .

"Angka lain membabitkan pasukan pemberontak iaitu 15,747 orang serta anggota tentera kerajaan berjumlah 22,627 orang," katanya.