Monday, 23 February 2015

Tentera Turki jaga makam di Syria pulang


23 Februari 2015 1:00 AM


ANKARA 22 Feb. – Sebanyak 572 anggota tentera Turki semalam, memasuki Syria bagi mengiringi pulang 40 orang rakan mereka yang mengawasi sebuah makam di Aleppo, bandar yang dikuasai oleh militan Negara Islam (IS), kata Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu, hari ini.
Menurut portal Mail Online, seramai 40 tentera mengawal kompleks Makam Suleyman Shah, datuk kepada pengasas empayar Uthmaniyyah, Osman 1.
Ahmet berkata, kumpulan besar tentera Turki itu menggunakan 39 kereta kebal, 57 buah kereta perisai, dan lebih 100 buah kenderaan tentera lain dalam operasi tersebut.
Menurut tentera Turki dalam satu kenyataan, seorang anggotanya terbunuh dalam operasi mengawal makam itu di Sungai Euphrates, kira-kira kira-kira 30 kilometer dari sempadan negara ini.
Bagaimanapun, anggota tentera itu terbunuh semasa peringkat awal operasi, dan kumpulan tersebut tidak terlibat dalam sebarang pertempuran dalam misi terbabit.
Tentera berkata, keputusan untuk membawa pulang anggotanya dibuat berikutan keadaan keselamatan yang semakin rapuh di kawasan sebahagian di wilayah Aleppo yang kini berada dalam kawalan IS.
Sementara itu, pihak berkuasa Turki minggu lalu, menafikan laporan yang menyatakan seorang tenteranya telah diculik oleh IS.
Ankara sebelum ini berulang kali memberi amaran akan melancarkan tindakan ketenteraan sekiranya anggota tentera Turki yang menjaga makam itu dicederakan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-turki-jaga-makam-di-syria-pulang-1.62404#sthash.YynD4lTD.dpuf

No comments:

Post a Comment