DAMSYIK 7 Mac – Komander kanan Barisan al-Nusra, Abu Hammam al-Shami dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera Syria, di wilayah Idlib, kelmarin.
Agensi berita SANA melaporkan, dia yang juga dikenali sebagai al-Farouq al-Suri merupakan pemimpin veteran kumpulan al-Qaeda dari Damsyik yang memegang jawatan sebagai Komander Tentera Umum kumpulan berkenaan.
Minggu lalu, anggota-anggota kumpulan bersenjata berkata, Abu Hammam terbunuh dalam serangan udara oleh tentera Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun kelmarin mereka berkata, pemimpin kumpulan itu dibunuh ketika sedang bermesyuarat dengan seorang lagi komander Barisan al-Nusra.
Serangan udara tersebut berlaku sehari selepas kumpulan bersenjata mengaku bertanggungjawab dalam serangan maut terhadap ibu pejabat perisikan tentera udara di Aleppo.
Portal Al-Jazeera melaporkan dari Lebanon, Abu Hammam dianggap ‘perancang’ kepada Barisan al- Nusra dan kematiannya dianggap tamparan hebat kepada kumpulan tersebut.
Jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan laporan media mengenai kematian berkenaan.
Barisan al-Nusra buat pertama kali muncul di Internet pada awal tahun 2012 dan mengaku bertanggungjawab dengan serangan berani mati di wilayah Aleppo dan Damsyik.
No comments:
Post a Comment