Pelarian Palestin yang tinggal di kem Yarmouk terpaksa mendapatkan perlindungan sementara di sebuah sekolah di Damsyik. |
DAMSYIK - SYRIA. Kumpulan militan IS didakwa telah berundur dari kebanyakan kawasan di kem pelarian Yarmouk di ibu negara Syria selepas sebahagian besar daripadanya berada di bawah cengkaman mereka sejak awal bulan lalu.
Menurut laporan AFP, Ketua Barisan Perjuangan Popular Palestin, Khaled Abdel Majid memberitahu angkatan bersenjata mereka berjaya merampas semula kawasan di utara dan timur kem tersebut manakala IS hanya menguasai kawasan barat daya.
"Pertempuran sekali sekala antara IS dan angkatan bersenjata Palestin masih tercetus, namun insiden keganasan telah mula reda sejak beberapa hari lalu," katanya.
Sementara itu, sumber keselamatan Syria mengesahkan laporan tersebut.
Menurut PBB, kira-kira 18,000 pelarian termasuk 3,500 terjejas akibat konflik yang tercetus sejak lebih dua minggu lalu.

No comments:
Post a Comment