Sunday, 12 April 2015

IS Musnahkan Tapak Berhala Purba Assyrian


Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 12:37 PM
Seorang militan IS memusnahkan berhala di tapak purba Assyrian di Nimrud, Iraq

BAGHDAD: Kumpulan Negara Islam (IS) pada Sabtu memuatnaik video tindakannya meletupkan sebuah tapak purba yang memusnahkan artifak di sebuah bandar purba Assyrian, Nimrud di utara Iraq.
Rakaman video tidak bertarikh itu menunjukkan tapak yang terletak berhampiran Sungai Tigris, kira-kira 30 kilometer dari Tenggara Mosul masih dalam kedudukan sama.
Kemusnahan tapak purba tersebut dilapor berlaku lebih sebulan lalu, bagaimanapun jumlah kerosakan yang dialami masih belum dapat dikenal pasti.
"Kami tidak teragak-agak dan akan bertindak memusnahkan mana-mana kawasan yang mempunyai petanda penyembahan berhala dan monoteisme (kepercayaan bahawa Tuhan adalah satu)," kata seorang militan pada akhir rakaman tersebut.
Rakaman seterusnya menunjukkan satu letupan besar dilakukan oleh militan sehingga menyebabkan keadaan langit mendung dan dipenuhi dengan asap.
Terdahulu, militan IS bertindak ganas memusnahkan patung-patung menggunakan tukul besi dan kelihatan salah seorang daripada mereka mengukir bidur menggunakan pengisar.
"Kami akan memusnahkan kesemua patung yang menyamai tuhan dan kami percaya tuhan kami memuliakan segala perbuatan kami dalam Islam.
"Kami bersyukur kepada tuhan kerana berjaya menghapuskan setiap patung yang menyamai-Nya," jelas seorang militan.

No comments:

Post a Comment