Thursday, 2 July 2015

Klip video papar 18 militan IS dihukum mati di Syria


Agensi - ANGGOTA militan IS diarah duduk sebelum mereka ditembak di kepala oleh pejuang kumpulan pemberontak Jaysh al-Islam di sebuah lokasi di Syria baru-baru ini.


DAMSYIK – Sebuah kumpulan pemberontak Syria yang beroperasi di sekitar Damsyik melaksanakan hukuman mati terhadap 18 anggota Islamic State (IS) dalam satu klip video yang meniru produksi kumpulan militan berkenaan.
Rakaman itu menunjukkan pejuang-pejuang kumpulan Jaysh al-Islam atau Tentera Islam memakai pakaian berwarna jingga yang sering dipakai oleh tahanan IS.
Tawanan IS sebaliknya memakai pakaian hitam dengan tangan dan kaki mereka dirantai.
Klip video selama 20 minit itu meniru pelaksanaan hukuman mati IS dalam banyak aspek termasuk efek visual dan bunyi.
Jaysh al-Islam dalam klip video tersebut memberitahu bahawa tawanan IS itu dihukum mati sebagai membalas dendam sekurang-kurangnya tiga anggotanya yang dipenggal oleh IS.
Tawanan IS itu menjalani hukuman mati dengan kepala mereka ditembak.
Kumpulan pemberontak itu menuduh IS bersekongkol dengan rejim Presiden Bashar al-Assad dalam memerangi pejuangnya dan kumpulan pemberontak Islam yang lain. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3egF6mGzg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment